Friday, 19 September 2014

ANTI MALARIAL & ANTIFILARIA

Unit 1.7:     TOPIK         :    ANTI MALARIAL & ANTIFILARIA                1 Jam


ANTI MALARIAL  DRUGS



DEFINISI :

Ubat untuk rawatan penyakit malaria .

JENIS – JENIS  UBAT RAWATAN PENYAKIT  MALARIA :

·         UBAT  PROFILAKSIS  ( PENCEGAHAN ) /  ( CHEMOPROPHYLAXIS )
·         UBAT   RAWATAN   MENEKAN  (SUPPRESSION ) / PROFILAKSIS  TANDA KLINIKAL
·         UBAT   RAWATAN  RADIKAL


A )  UBAT  PROFILAKSIS  ( PENCEGAHAN )  / CHEMOPROPHYLAXIS

TINDAKAN UBAT

Ubat untuk mencegah jangkitan  selepas digigit oleh  nyamuk berjangkit .  Ubat ini membunuh
parasit – parasit di dalam sel hati dengan merencat enzim yang menukar asid folik menjadi  asid folinik dalam paarasit malaria

CONTOH

·         PROGUANIL   ( PALUDRINE )
Pemberian :       oral  (tablet)
Dos :                100 mg sehari
Kesan sampingan : 
-          kurang selera makan,
-          sakit kepala, 
-          letih


·         PYRIMETHAMINE   ( DARAPRIM )
Pemberian :       oral  (tablet)
Dos :                20 mg seminggu sekali 
Kesan sampingan :
- merosakkan fungsi sumsum tulang jika digunakan dalam jangka masa yang 
                                panjang

·         B )  UBAT RAWATAN MENEKAN (SUPPRESSION) / PROFILAKSIS TANDA KLINIKAL

TINDAKAN UBAT :

Ubat ini menyebabkan parasit malaria tidak boleh menghadamkan  hemoglobin . Dengan demikian
parasit itu tidak mendapat asid amino  yang diperlukan untuk menbentuk DNA  dan ia akan membunuh parasit – parasit malaria

CONTOH :

·         CHLOROQUINE
Pemberian :       oral   ( tablet )
Dos :                500 mg  seminggu sekali
Kesan sampingan :
-          gangguan perut usus; 
-          loya,
-          muntah 
-          ruam 
-          gangguan penglihatan

·         AMODIAQUINE
Pemberian :       oral   ( tablet )
Dos :                400 mg  seminggu sekali
Kesan sampingan :
-          gangguan perut usus; 
-          loya,
-          muntah,
-          cirit 
-          letih .

·         KUININ
Pemberian :       oral   ( tablet )
Dos :                300 – 600 mg   sekali
Kesan sampingan :
-          gangguan perut usus 
-          loya,
-          muntah,
-          cirit 
-          telinga berdengung  (tinnitus),
-          ruam,
-          gangguan penglihatan


C )  UBAT   RAWATAN  RADIKAL

TINDAKAN  UBAT  :

Ubat  ini menghapuskan habis-habisan  ( complete elimination ) jangkitan  malaria dalam badan .
Ia melibatkan pemusnahan semua parasit malaria di luar sel darah merah untuk mencegah relapse dan juga membunuh gameatosit – gameatositnya  agar mencegah nyamuk dari dijangkitinya semula

CONTOH :

PRIMAQUINE
Pemberian :            oral   ( tablet )
Dos :                     15 mg  sehari  selama 14 – 21 hari
Kesan sampingan :
-          gangguan perut usus;
-          loya,
-          muntah,
-          cirit 
-          methaemoglobinemia,
-          hemolitik anemia


JENIS – JENIS  UBAT  CAMPURAN  UNTUK MERAWAT  “DRUG RESISTANT STRAINS”

·         DARACLOR  ==  CHLOROQUINE   +  PYRIMETHAMINE
·         FANSIDAR   == PYRIMETHAMINE  +  SULFADOXINE
·         MALOPRIM  == PYRIMETHAMINE  +  DAPSONE




ANTIFILARIA

Definisi

Ubat yang digunakan bagi membunuh cacing mikrofilaria


Ubat Anti Filariasis
--------------------

Diethylcarbamazine
------------------
- agen utama dalam pengubatan infestasi filariasis
- agen ini membunuh mikrofilaria yang berada dalam peredaran darah dan limfa.
- mudah diserap daripada gastro-usus.
- cepat tersebar ketisu kecuali tisu lemak dan dikumuhkan terutamanya melalui ginjal.

Kesan sampingan
-          sakit kepala
-          rasa lemah
-          sakit sendi
-          rasa mual dan muntah.

Dos : 6 mgm/ kg B.W sehari.


No comments:

Post a Comment