Saturday, 14 April 2012

SISTEM SKELETAL

SISTEM SKELETAL

TULANG, OTOT DAN SENDI


SKELETON MANUSIA

•   Terdiri daripada 2 tisu perantara
–  Tisu tulang
–  Tisurawan/kartilaj
•   Terbina daripadalebih 200 tulang
•   Terbahagi kepada 2 bahagian
–  Aksial (80 keping tulang)
–  Apendikular (126keping tulang)

SKELETON AKSIAL

•   Terdiri daripada
–  Tengkorak
–  Kolum vertebra
–  Tulang rusuk
–  Sternum
•   Membentuk bahagian tengah tubuh yang
dikenali sebagai aksis

TENGKORAK

•   Terdiri daripada 28 tulang yang tidak teratur
–  Karnium – 8 tulang
–  Muka – 14 tulang
–  Telinga – 6 tulang
•   Ciri-ciri khas tengkorak
–  Sinus
–  Sutura/suture
–  Fontanelle

KOLUM VERTEBRA

•   Membentuk aksi longitud skeleton
•   Terdiri daripada 33 ruas vertebra
•   24 tulang yang terasing, tidak teratur dan boleh
digerakkan
–  Servikal – 7
–  Torasik – 12
–  Lumbar – 5
–  Sakrum – 5
–  Koksik – 4

TULANG RUSUK

•   Terbentuk daripada 12 pasang tulang rusuk yang
membentuk dinding lateral tulang toraks

TULANG STERNUM

•   Terletak dibahagian anterior dinding dada
•   Jenis tulang rata dan pendek
•   Terdiri daripada 3 bahagian
–  Manubrium
–  Badan
–  Cuaran xifoid

SKELETON APENDIKULAR

•   Anggota atas
–  Girdle bahu (klavikel, skapula)
–  Humerus
–  Radius/ulna
–  Tulang karpus
–  Tulang metakarpus
–  Falanks

•   Angota bawah
–  Girdle pelvik (tulang inominat, sakrum)
–  Femur
–  Tibia/fibula
–  Patela
–  Tulang tarsus
–  Tulang metatarsus
–  Falanks

JENIS-JENIS TISU TULANG

•   Tulang padat
–  Kelihatan padu, tetapi di bawah mikroskop akan
kelihatan sistem Haversian.
–  Mengandungi saluran Haversian, salur darah,
limfa dan saraf yang dikelilingi oleh lamella.
–  Terdapat juga lacuna yang mengandungi limfatik
dan osteosit.
–  Kanalikuli menghubungkan lacuna dan salur
limfatik di salur Haversian.
–  Sel-sel osteosit mendapat bekalan nutrien dari
salur limfatik.
–  Susunan lamella berbentuk tubul menambahkan
kekukuhan tulang

•   Tulang kanselous
-  Ia kelihatan spongy pada mata kasar, dibawah
mikroskop saluran Haversian kelihatan lebih
besar dari tulang padu.
-  Bilangan lamella berkurangan dan kelihatan
seakan sarang lebah.
-  Terdapat  sum-sum tulang dalam tulang ini.


•   Periosteum
-  Adalah selaput membran berfiber yang vascular
   yang menyelaputi tulang.
-  Sel osteogenik yang terdapat lapisan perioesteum
   menebalkan tisu padat bagi mengekalkan bentuk
   tulang.
-  Ia juga menjadi tapak untuk lekatan otot dan tendon
 serta memberi perlindungan kepada tulang dari
kecederaan.
-    Lapisan ini digantikan oleh rawan hialin dipermukaan
sendi sinovial dan bahan dura dilapisan tulang kranium.

•   Tulang panjang.
-  Mempunyai diafisis atau shaft dan dua efifisis atau
   ekstrimiti.
-  Diafisis terdiri daripada tulang padu berserta salur
   medullari ditengahnya.
-  Mengandungi sum-sum tulang kuning berlemak.
–  Efifisis mempunyai lapisan luar yang dibentuk  oleh tulang padu dan tulang kanselous didalamnya.
–  Rawan efifisis memisahkan antara diafisis dan efifisis.
–  Pemanjangan tulang berlaku melalui osifikasi
permukaan diafisal dan berhenti apabila osifikasi tulang tamat.
–  Contoh seperti tulang femur, tibia dan fibula, humerus
–  Kesemua tulang berikut dibawah pula mempunyai
lapisan tulang padat yang nipis yang mempunyai
tulang kanselous yang mengandungi sum-sum darah merah didalamnya.
–  Tulang pendek – carpals (wrist)
–  Tulang tidak sekata (irregular) – vertebrae and some
skull bone
–  Tulang leper – sternum, ribs and most skull bones
–  Tulang sesemoid - patella

STRUKTUR TULANG

•   Tulang padat.
–  Kelihatan padu, tetapi dibawah mikroskop akan kelihatan system Haversian.
–  Mengandungi saluran Haversian, salur darah, limfa dan saraf yang dikelilingi oleh lamella.
–  Terdapat juga lacuna yang mengandungi limfatik dan osteosit.
–  Kanalikuli menghubungkan lacuna dan salur limfatik di salur Haversian.
–  Sel-sel osteosit mendapat bekalan nutrien dari salur limfatik.
–  Susunan lamella berbentuk tubul menambahkan kekukuhan tulang.

•   Tulang kanselous.
–  Ia kelihatan spongy pada mata kasar, dibawah mikroskop saluran Haversian kelihatan lebih besar dari tulang padu.
–  Bilangan lamella berkurangan dan kelihatan seakan sarang lebah.
–  Terdapat  sum-sum tulang dalam tulang ini.

•   Sel tulang
–  osteoblasts bertanggungjawab ke atas pembentukan tulang (akan matang di dalam osteocytes)
–  dibentuk dari sel tisu fibrous (sama dengan chondrocytes)
–  bergantung kepada bekalan oksigen yang mencukupi terutama semasa proses penyembuhan kepatahan tulang

•   Osteoblasts
–  sel yang membentuk tulang
–  mensekresikan kolagen dan bahan-bahan lain tisu tulang
–  hadir di dalam
–  lapisan dalam periosteum
–  ditengah-tengah pembentukan tulang yang belum matang
–  hujung diafifisis berdekatan dengan rawan epifisisal pada tulang panjang
–  pada bahagian tulang yang patah

•   Osteocytes
–  semasa pembentukan tulang osteoblasts akan terperangkap dan kekal di dalam lacunae
–  osteocytes dibekalkan nutrien melalui tisu cecair di dalam canaliculi yang dibawa dari terusan Haversian
–  fungsinya adalah untuk pergerakan kalsium di antara tulang dan darah
•   Osteoclasts
–  Ia kelihatan spongy pada mata kasar, dibawah mikroskop saluran Haversian kelihatan lebih besar dari tulang padu.
–  Bilangan lamella berkurangan dan kelihatan seakan sarang lebah.
–  Terdapat  sum-sum tulang dalam tulang ini.
–  Berfungsi untuk penyerapan tulang dengan tujuan untuk mengekalkan bentuk tulang
–  Terjadi di :
•   Bawah periosteum, untuk mengekalkan bentuk tulang semasa tumbesaran dan mengeluarkan lebihan callus yang terbentuk semasa proses penyembuhan tulang
•   Disekeliling dinding terusan medulari semasa tumbesaran dan membawa callus semasa proses penyembuhan

THE JOINTS and MUSCLES

DEFINISI

•  Tempat pertemuan di antara 2 tulang
•  Yang menghubungkan antara 2 atau lebih tulang
•  Hanya terdapat pada bahagian tubuh yang bertulang
•  Terdiri dari jenis tidak bergerak (berserat), sedikit pergerakan (berawan) dan bebas bergerak (sinovial)

FUNGSI SENDI

•  Membenarkan pergerakan
•  Mengikat tulang

PENGKELASAN SENDI

SENDI TIDAK BERGERAK & SENDI BERSERAT
•  Terdiri daripada tisu-tisu berserat yang tersusun rapat
•  Tidak membenarkan pergerakan
   - Spt. Di bahagian sutur pada tengkorak, antara gigi dan maxila / mandibel

SENDI SEPARA GERAK
•  Membenarkan sedikit pergerakan
•  Terdiri daripada rawan putih yang berserat
•  Pejal dan kukuh, dikenali sebagai diska intra veterbra
•  Pergerakan yang terhad spt membengkok atau melurus
   - Cont. di antara tulang vertebral dan tulang simfisis pubis

SENDI BEBAS @ SENDI SINOVIA
•  Dinamakan berdasarkan bandalir sinovia yang terdapat pada sendi tersebut
•  Terdiri dpd kapsul berserat/ligamen yg mengelilingi sendi dan bersambung dengan periosteum
•  Rawan hialin yg meliputi hujung tulang pada sendi, licin dan mengurangkan geseran
•  Membran sinovia yg melapisi permukaan dlm kapsul berserat dan menghasilkan bendalir sinovia, melicinkan pergerakan sendi dan sbg laluan nutrien ke struktur di dlm kaviti sendi

JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

•  Sendi engsel
   - Membenarkan gerakan ke depan dan belakang

•  Sendi lesung
   -Membenarkan gerakan sekeliling @ bebas
•  Sendi gelungsur
   - Membenarkan gerakan mengelungsur yg terhad

•  Sendi ‘pivot’
   - Membenarkan gerakan putaran sahaja

•  Sendi pelana dan bonggol
   - Pergerakan di antara dua aksis yg tegak dan lurus

Flexion
Membengkok, kehadapan dan ke belakang.
Exten-
sion
Meluruskan atau membengkok ke belakan
Abduc-
tion
Pergerakan jauh daripada tubuh
badan
Adduc-
tion
Pergerakan kembali ke arah tubuh
badan
Circu-
mduc-
tion
Kombinasi flexsion, extension, abduction dan adduction
Rota-
tion
Pergerakan putaran sepanjang paksi tulang
Prona-
tion
Menggerakkan tapak tangan ke arah bawah
Supina-
tion
Menggerakkan tapak tangan ke arah atas
Inver-
sion
Menggerakkan tapak kaki ke dalam
Eversion
Menggerakkan tapak kaki ke luar

SENDI SINOVIAL PADA ANGGOTA

SENDI BAHU
–  Jenis sendi lesung dan bergerak bebas
–  Terbentuk oleh kaviti glenoid pada scapula dan kepala tulang humerus
–  Ligamen yg terlibat
•  Coracohumeral, glenohumeral & transverse humeral
–  Otot yg terlibat Coracobrachialis, deltoid, pectorails, latissimus dorsi, teres major 
–
SENDI SIKU
-  Jenis sendi engsel
-  Dibentuk oleh trochlea dan capitulum pada humerus dengan notch trokleapada ulna dan kepala radius
-  Ligamen yg terlibat
(Anterior, posterior, medial dan lateral)
-  Otot yg terlibat
Biceps, brachialis, triceps
SENDI PROKSIMAL DAN DISTAL RADIOULNAR
-  Sendi proksimal radioulnar dibentuk oleh rim kepala radius dan berputar di dlm notch radial pada ulna
-  Ligamen annular mengikat kukuh sekeliling kepala radius dan melekatkan ia kepada radial notch ulna
-  Sendi radioulnar merupakan jenis sendi pivot di antara hujung radius dan kepala ulna



SENDI PERGELANGAN TANGAN
-  Jenis sendi bonggol di antara hujung distal radius dan hujung proksimal scaphoid, lunate dan triquetral
-  Ligamen yg terlibat
(Medial dan lateral, anterior dan posterior radiocarpal)
-  Otot yg terlibat
(Flexor carpi radialis, flexor carpi ulnaris, extensor carpi radialis longus dan brevis, extensor carpi ulnaris)

SENDI TANGAN DAN JARI
-  Jenis sendi sinovial di antara tulang carpal, tulang carpal dan metacarpal, metacarpal dan proksimal jari dan antara jari.
-  Kekuatan pergerakan terletak pada otot-otot di lengan yg mana tendon melaluinya terus ke tangan
SENDI PINGGUL
-  Jenis sendi lesung dibentuk oleh acetabulum (berbtk cawan pada tulang pinggul) dan keseluruhan sperikal kepala femur
-  Ligamen yg terlibat - Kepala femur, kapsular
-  Otot yg terlibat
Psoas, iliacus, quadriceps femoris, gluteal, sartorius, kumpulan adductor
SENDI LUTUT
-  Jenis sendi engsel terbentuk oleh kondil femur, kondil tibia dan permukaan posterior patela
-  Ligamen yg terlibat - Cruciate, kapsular, patellar
-  Otot yg terlibat
Hamstring, gastrocnemius, quadriceps femoris
SENDI BUKU LALI
-  Jenis sendi engsel dibentuk dari hujung distal tibia (medial malleolus) dan hujung distal fibula (lateral mallelus) dengan talus
-  Ligamen yg terlibat - deltoid
-  Otot yg terlibat - Anterior tibialis, soleus, gastrocnemius
SENDI KAKI DAN JARI
-  Jenis sendi sinovial berada antara tulang tarsal, tarsal dan metatarsal, metatarsal dan jari proksimal dan di antara jari-jari
-  Pergerakan dibantu oleh otot di dlm kaki bersama tendon yg melalui buku lali dan otot pada tapak kaki
-  Otot-otot ini juga membantu mengekalkan kestabilan tubuh badan
OTOT
-  Merupakan tisu perantara berfiber yang kuat yang terdiri daripada tendon dan ligamen
-  Memberi sokongan kepada sendi
-  Terdiri daripada berbagai jenis mengikut lokasi dan peranannya
TENDON
-  Terbina daripada tisu perantara berfiber yang diselaputi oleh selaput sinovia
-  Berbentuk panjang  atau leper seperti tali yang dikenali sebagai aponeurosis
-  Terbahagi kepada dua
+ Punca permulaan
+ Punca lekatan
LIGAMEN
-  Terbina daripada jalur tisu tebal berfiber putih yang mengikat tulang antara satu sama lain
-  Hadir dalam berbagai bentuk dan kekuatannya, bergantung kepada lokasi serta peranannya
-  Kebanyakan ligamen adalah tidak elastik, tetapi mudah lentur untuk membenarkan pergerakan sendi tersebut
-  Amnya ligamen adalah kuat untuk menampung sebarang pergerakan yang melampau kerana ia kaya dengan saraf sensori bagi mengelakkan sebarang kecederaan
-  Ligamen boleh terkoyak jika mengalami tekanan yang melampau
SISTEM ENDOKRINA

Sistem endokrina dibahagikan kepada 2 iaitu
-  kelenjar endokrina
-  kelenjar exokrina

Definisi
-  istilah endokrina merujuk kepada sel2, tisu2 dan organ2 yg merembeskan hormon ke dalam airan badan secara langsung tanpa melalui saluran (tanpa duktus)
-  istilah exokrina merujuk kepada bahagian organ yg merembeskan penghasilan melalui saluran (duktus) ke dalam dan permukaan badan

sistem endokrina terdiri dari

1 kelenjar puitari
- terlekat pada organ hipotalamus
1 kelenjar tiroid
- berada di bawah larink depan trakea
4 kelenjar paratiroid
- berada secara posterior pada permukaan kelenjar tiroid
2 kelenjar adrenal
- berada diatas pada setiap ginjal
1 kelenjar pineal
- terletak diantara hemisfera2 serebral
2 ovari (wanita)
- berada secara posterior pada permukaan ligamen lebar dan melekat pada mesovarium
2 testis (lelaki)
- berkedudukan secara tergantung pada korda sperma dalam kaviti skrotum
sel2 Islet of langerhans (pankreas)
- berada di belakang gaster
plasenta
-lokasi di uterus semasa ibu mengandung
tinus
- berada di mediastinum
gastrik dan mukosa intestinal
- dalam kaviti abdominal

klasifikasi hormon yang dikeluarkan oleh sel-sel endokrina adalah
a) endokrina – sebagai hormon yg dikeluarkan ke dalam sistem peredaran darah berinteraksi dgn sel2 sasaran
b) parakrina – sebagai hormon yang bertindak ke atas sel yg terdekat
c) autokrina – sebagai hormon yg dikeluarkan bertindak keatas sel2 yg menggunakannya

   SISTEM REPRODUKTIF LELAKI.

Sistem ini dibentuk oleh organ-organ berikut.
-    Skrotum
-    2 testes
-    2 korda spermatik.
-    2 kelenjar seminal vesikle.
-    2 duktus ejekulasi.
-    Kelenjar prostat.
-    Penis.

SKROTUM.

- Satu kantung yang berpigmentasi,diselaputi oleh kulit tisu berserat . tisu konektif dan otot licin.
- Dibahagikan kepada dua kompartmen dimana setiap satu mengandungi satu testes, satu epididimis dan satu korda spermatic.
- Terletak dibahagian bawah tulang simfisis pubis, depan peha dan dibelakan penis.

TESTES.

- Adalah gonad lelaki, bersaiz 4.5 sm panjang, 2.5 sm lebar, 3 sm tebal dan bergantung didalam kantung skrotum oleh korda spermatic.
- Terdiri daripada tiga lapisan tisu.
- Tunika vaginalis – lapisan luaran testes unjuran daripada peritioneum abdomen dan pelvik.
- Tunika albuginea – lapisan berserat, meliputi testes unjuran dari septa yang memisahkan struktur kelenjar pada lobules.
- Tunika vaskulosa – mempunyai rangkaian kapilari dan disokong oleh tisu konektif
.
STRUKTUR TESTES.

- Setiap testes mempunyai 200-300 lobules.
- Setiap lobule terdapat satu hingga empat lingkaran convoluted yang terdiri sel germinal epithelium dikenali sebagi tubul semiferous.
- Dianatara tubul terdapat kumpulan interstitial ‘Cells of Leydig’ yang merembeskan hormon testosterone.
- Pada polar atas testes terdapat epididimis.
- Struktur yang meninggalkan epididimis yang keluar dari skrotum sebagai duktus deferens (vas deferens), yang berada didalam korda spermatik.
- Darah dan nodus limfa yang dibekalkan adalah melalui korda spermatic
.
KORDA SPERMATIK
- Terdapat struktur membentuk korda spermatic,
l1 arteri testicular.
l1 vena testicular.
lNodus limfa.
l1 duktus deferens.
lSaraf.

VESIKEL SEMINAL
- Adalah dua kantung fibromuskular yang kecil dilapisi oleh epithelium kolumnar.
- Bergabung membentuk dengan duktus deferens dan membentuk duktus ejakulasi untuk merembes cecair likat mengandungi spermatozoa.

DUKTUS EJAKULASI

- Adalah dua tiub berukuran 2 sm panjang melintasi kelenjar prostat dan sambung kepada prostat uretra.
- Membawa bersama cecair seminal dan spermatozoa untuk disalur keluar melalui uretra.

KELENJAR PROSTAT
- Terletak dikaviti pelvic berdepan dengan rectum dan dibelakang simfisis pubis dan mengelilingi bahagian permulaan uretra.
- Dibentuk oleh lapisan berserat , otot licin dan sel epithelium kolumnar.
- Ia merembeskan cecair pelincir prostat.

PENIS DAN URETHRA
- Satu batang yang mempunyai satu akar dan badan.
- Akar terbenam pada perineum dan badan mengelilingi uretra.
- Dibentuk oleh 3 jenis tisu erektil dan otot involuntary yang boleh memanjang dan mengembang.
- Tisu-tisu ini disokong oleh tisu berserat yang diselaputi oleh kulit, dan kaya dengan bekalan darah.
- 2 Corpora kavernosa dan ditengahnya ialah korpus spongiosum (yang mengandungi uretra).
- Glans penis terbentuk dihujung corpora kavernosa dan korpus spongiosum.
- Prepuce(foreskin) menyelaputi bahagian glans penis.
Bekalan darah daipada arteri  dan vena pudendal,
- Bekalan saraf dari autonomic dan somatic.

No comments:

Post a Comment