Faktor-Faktor
Yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks
Dalam
Kalangan Wanita
Mohd
Eizairie bin Abdul Mutalib
No
Matrik: DBMA11-6071
Health
Research System, MAPR 3132
Encik
Azman Bin Abdullah
Isi Kandungan
Kandungan Muka
Surat
Penghargaan 3
Abstrak 4
Pengenalan
-
Pengenalan
5
-
Penyataan
Masalah 7
-
Objektif
Kajian 8
Pencarian Literature
-
(
Literature Review )
9
Design
dan Metodologi
-
Rekabentuk
Kajian 13
-
Tempat
kajian 14
-
Pensampelan 14
-
Alatan
Kajian 14
-
Pilot
study 15
-
Pengumpulan
Data 15
-
Limitasi
kajian 16
Analisis
Data
-
Pengenalan 17
-
Bahagian
A: Maklumat Peribadi Responden 17
-
Bahagian
B: Pengetahuan Mengenai Kanser Serviks 19
-
Bahagian
C: Pengetahuan Mengenai Faktor Penyebab Kanser Serviks 23
-
Bahagian
D: Langkah Meningkatkan Tahap Pengetahuan 24
Perbincangan
-
Pendahuluan 25
-
Bahagian
1: Maklumat Peribadi Responden 25
-
Bahagian
2: Pengetahuan Mengenai Kanser Serviks 26
-
Bahagian
3: Pengetahuan Mengenai Faktor Penyebab
Kanser Serviks 28
-
Bahagian
4: Langkah Meningkatkan Tahap
Pengetahuan 31
Kesimpulan 34
Rujukan 35
Lampiran 37
-
Borang
Kaji Selidik
-
Borang
Proposal
-
Bubble
Chart
-
Gunn
Chart
Penghargaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur ke hadrat illahi
dengan berkat dan keizinanNya dapatlah saya melaksanakan kajian mengenai faktor-faktor
peningkatan kes kanser serviks dalam kalangan wanita yang mendapatkan rawatan
di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi
tuntutan dalam Diploma Pembantu Perubatan.
Jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada Tuan Haji Zafri bin Yusof, pengarah Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar
serta Encik Tham Kong Loon, Ketua unit Penilaian Kualiti Kolej Pembantu
Perubatan Alor Setar kerana telah meluluskan kajian saya ini dan memberikan
kebenaran kepada saya bagi meneruskan kajian ini.
Walaupun terlalu banyak halangan dari aspek teknikal
akhirnya dapat juga saya menyelesaikan
kajian Health System Reasearch ini pada
tahun ke-3 semester dua. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada
penyelia kajian saya iaitu Encik Azman Bin Abdullah diatas tunjuk ajar,nasihat
dan dorongan yang telah beliau berikan kepada saya sepanjang saya menjalankan
kajian ini serta tidak lupa penyelaras kumpulan iaitu Puan Ros Amizah Bt
Abdullah serta pengajar-pengajar lain yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan kajian ini.
Di samping itu, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pelatih lain di Kolej
Pembantu Perubatan Alor Setar kerana banyak membantu saya dari segi dorongan
motivasi mahupun tunjuk ajar yang diberikan serta perkongsian idea dalam
menyiapkan kajian ini.
Abstrak
Kanser serviks merupakan kanser kedua yang merbahaya selepas kanser
payudara. Dalam keadaan biasa, semua sel di dalam tubuh kita ada tugasnya,
dengan setiap satu tumbuh pada kadar tertentu, atas sebab tertentu. Kanser
terjadi apabila rancangan yang telah ditetapkan ini terganggu dan sel-sel
abnormal ini terus tumbuh lalu mengalihkan sel yang normal. Dengan menilai
tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dalam kalangan wanita, ini mampu
menghindari atau mengelak daripada mendapat penyakit ini. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes
kanser serviks dalam kalangan wanita. Sampel sebanyak 30 orang daripada wanita
yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah diambil
dan dianalisis mendapati bahawa majoriti daripada mereka mempunyai pengetahuan mengenai
kanser serviks tetapi tidak mampu mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang
kepada kanser serviks. Akan tetapi, mereka mampu menerima secara terbuka
cadangan langkah-langkah untuk mempertingkatkan pengetahuan mengenai kanser
serviks seperti yang diusulkan. Namun, hasil kajian menunjukkan peratusan
terbesar punca penyumbang adalah daripada wanita itu sendiri yang mengambil
mudah mengenai penyakit ini dan terus mengamalkan sikap sambil lewa mereka
dalam menangani masalah yang dihadapi menyebabkan kebanyakan daripada mereka
sudah terlewat untuk mendapatkan rawatan awal yang mana kemungkinan besar dapat
meningkatkan peluang untuk mereka sembuh.
Faktor-Faktor
yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks
Latar Belakang Kajian
Kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser
serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita
di Malaysia. Barah ini paling biasa berlaku dalam kalangan wanita pada usia reproductive. Statistik terkini
menunjukkan sekurang-kurangnya 1500 pesakit kanser pangkal rahim di Malaysia
pada satu-satu masa atau empat hingga lima wanita sehari termasuk yang baru
disahkan atau sedang menjalani rawatan. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia juga menyatakan bahawa sebanyak 50 peratus pesakit kanser
ini langsung tidak mempunyai peluang meneruskan kehidupan. Sekurang-kurangnya
terdapat dua pesakit kanser serviks meninggal dunia setiap hari.
Lesi prekanser skuamus pada serviks pula merujuk kepada
perubahan-perubahan pada sel-sel skuamus yang terdapat pada bahagian serviks
wanita yang tidak normal. Terdapat beberapa istilah yang boleh dikaitkan dengan
keadaan ini serta peringkat-peringkat perkembangannya. Keadaan yang tidak
normal ini boleh menjurus kepada kanser serviks yang lebih teruk jika tidak
dapat dikesan pada awalnya dan dirawat dengan segera. Kefahaman secara mendalam
tentang kanser serviks membolehkan kanser ini dielakkan atau setidak-tidaknya
terdapat penurunan statistik pesakit kanser serviks di Malaysia.
Masalah kanser mungkin meningkat pada masa akan datang
mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan penduduk
yang meningkat usianya. Badan kita terbentuk dari berjuta-juta sel. Kanser
merupakan sejenis penyakit sel. Apabila sebilangan sel itu mati akibat
meningkat usia atau kecederaan, sel- sel yang lain akan membiak untuk membentuk
sel-sel baru bagi menggantikannya. Badan kita biasanya membentuk jumlah sel-sel
yang tepat dari segi bilangan dan
jenisnya serta berhenti membiak apabila tugas tersebut telah sempurna.
Kadangkala sel-sel di dalam badan terus membiak dan membahagikan dirinya tanpa
berhenti dengan tidak mempunyai masa tertentu. Sel-sel yang tidak normal ini
secara perlahan-lahan membentuk satu benjolan tisu yang digelar tumor.
Tumor ini menekan sel-sel disekelilingnya dan mengambil
makanan darinya. Tumor ini mungkin kanser. Tidak semua tumor itu malignan.
Tumor boleh jadi benign (bukan
kanser) ataupun malignan (jenis kanser). Tumor benign masih boleh menyebabkan
penyakit jika ia berkembang dalam otak atau kawasan tertutup lain dalam badan.
Tumor malignan lain merebak dan memusnahkan tisu normal yang berhampiran dan
juga merebak ke bahagian badan yang lain.Tumor malignan terdiri dari sel-sel
kanser. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak dan memusnahkan tisu-tisu
disekeliling. Kadangkala, sel-sel ini berpecah dari tumor malignan yang asal
dan merebak ke bahagian badan yang lain.
Kanser merebak ke tempat-tempat lain dalam badan dengan
memaksa diantara sel-sel yang normal. Sel-sel kanser juga merebak dari tempat
asalnya ke bahagian badan yang lain menerusi aliran darah atau saluran limfa ,
kemudian ke bahagian badan yang lain di mana ia membentuk pertumbuhan kanser
yang baru.Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser tidak diketahui.
Sehinggakan 90% daripada kanser adalah dikaitkan dengan alam sekeliling dan
cara hidup. Faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada yang tidak boleh
diubahsuai dan yang boleh diubahsuai. Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai
termasuk jantina , umur dan pembentuk genetik. Faktor risiko yang boleh
diubahsuai adalah dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling iaitu apa
juga yang berinteraksi dengan manusia termasuklah bahan makanan yang dimakan ,
diminum dan dihisap, sinaran , pendedahan di tempat kerja, tabiat seks dan
bahan-bahan yang terdapat dalam udara, air dan tanah.
Penyataan Masalah
Kanser serviks merupakan kanser kedua merbahaya selepas
kanser payudara. Ia berlaku apabila sel-sel dipangkal rahim tersebut bertukar
menjadi sel kanser dan seterusnya proses penumbuhan sel kanser tersebut berlaku
tanpa disekat. Masalah kanser serviks ini semakin serius jika langkah
pencegahan seperti pengambilan imunisasi HPV (human papiloma virus) atau ujian pap smear tidak dilakukan.
Kemungkinan besar kanser serviks ini boleh menjadi penyebab utama kes kematian
yang berlaku di Malaysia kelak jika orang ramai terutamanya dalam kalangan
wanita tidak mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks ini. Mereka menjadikan
faktor kurang pendedahan yang berkaitan dengan pemeriksaan tertentu dalam
pengesanan awal kanser serviks ini sebagai satu isu yang menjadikan
meningkatnya masalah yang berkaitan dengan kanser serviks ini. Selain daripada
itu, kurangnya maklumat yang berkaitan dengan pendedahan kepentingan
pengambilan suntikan imunisasi HPV merupakan masalah yang dihadapi oleh wanita
dalam mencegah daripada virus ini.Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk
mengkaji faktor-faktor penyebab peningkatan kes kanser serviks pada masa kini.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut iaitu:
Objektif
Umum: Mengenalpasti faktor-faktor
yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks dalam Kalangan Wanita.
Objektif
Khusus:
Objektif khusus terbahagi kepada tiga bahagian iaitu menilai
tahap kesedaran mengenai kanser serviks dalam kalangan pesakit wanita yang
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar ; mengenalpasti tahap
kesedaran mengenai faktor-faktor penyebab kanser serviks dalam kalangan pesakit
wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar dan mencadangkan
langkah-langkah meningkatkan tahap pengetahuan mengenai kanser servik dalam
kalangan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar
Alor Setar.
Pencarian Literatur
Menurut World Health Organization WHO (2005),
lebih 500,000 kes baru kanser serviks didiagnos di mana lebih 90% adalah di
negara-negara membangun dan dianggarkan bahawa lebih daripada 1 juta wanita
diseluruh dunia kini mempunyai kanser serviks tetapi kebanyakan daripadanya
belum disahkan atau tidak mempunyai akses kepada rawatan yang boleh
menyembuhkan atau memanjangkan jangka hayat mereka. Kanser serviks merupakan
kanser kedua yang paling biasa dalam kalangan wanita di seluruh dunia menurut (Anderson,
2002). Di Malaysia, kanser serviks menduduki tangga kedua selepas kanser
payudara. Kira-kira, 1500 wanita Malaysia menghidap kanser serviks setiap tahun
seperti yang dilaporkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Pada
tahun 1998, kanser serviks berada di kedudukan ke-8 sebagai punca kematian
akibat kanser dalam kalangan kematian perubatan yang disahkan di Malaysia dan
menduduki tempat ke-3 dalam tahun 1999. Hampir 10.5% daripada kematian di
kalangan wanita di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser serviks
(MMA, 2002).
Barah pangkal rahim
mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim
berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim.
Ini disebut peringkat pra-kanser dan menyebabkan tanda-tanda awal boleh berlaku
antaranya rasa sakit ketika melakukan seks dan kemungkinan terdapat lelehan
faraj yang berair dan berbau busuk, Cronje H.S. (2004). Gejala yang mungkin
timbul khususnya pada mereka yang berusia lewat adalah pendarahan di luar waktu
haid dan pendarahan pada masa menopause (setelah berhenti haid), Prawirohardjo
(2005). Kebanyakan wanita yang menghidap kanser serviks mungkin mengalami kombinasi gejala-gejala berikut
iaitu hilang selera makan dan akibat daripada itu menyebabkan turun berat badan
secara mendadak (Ferlay, 2004).
Seperti yang diutarakan
oleh De Marco., Rashidah, S., Shamsudin, K., dan Intan, O. (2006), epidemiologi
dan data klinikal menunjukkan bahawa Human
Papilloma Virus (HPV) terutama
HPV-16 dan HPV-18, memainkan peranan utama dalam etiologi kanser serviks. Walau
bagaimanapun, jangkitan HPV adalah meluas dalam populasi umum tetapi tidak
boleh didapati di setiap pesakit dengan kanser serviks. Terdapat ramai
penyelidik yang berpendapat bahawa HPV perlu faktor etiologi, tetapi
sebahagiannya tetap mengekalkan bahawa ia sahaja sudah mencukupi untuk
menyebabkan kanser serviks (Zur Hausen, 2002).
Menurut WHO (1998), amalan
seks bebas juga merupakan faktor penting dalam penyumbangan kepada kanser
serviks. Individu yang mengamalkan hubungan seks bebas lebih cenderung untuk
mendapatkan penyakit ini. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan kanser
serviks termasuk merokok Sood (1991), penggunaan pil perancang keluarga hasil
kajian dari La Vecchia, C., Tavani, A., Franceschi, S. and Parazzini, F. (1996).
Trend bahawa wanita kelas sosio-ekonomi yang rendah mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk mendapat kanser serviks dan kebanyakan daripada kumpulan ini
adalah terdiri daripada mereka yang merokok (Kempen Penyelidikan Kanser, 1996).
Human papilloma virus
(HPV), khususnya jenis 16 dan 18, adalah virus yang boleh menyebabkan penyakit
kelamin apabila bersentuhan dengan zon transformasi serviks dan menyumbang
kepada serviks karsinoma invasif. Menurut WHO (1998), Seorang wanita yang
mempunyai pasangan seks yang ramai dan melakukan hubungan seks tanpa
menggunakan kondom mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser
serviks. Oleh itu, penggunaan kondom dengan pasangan seks boleh mengurangkan
risiko kanser serviks.
Di Malaysia, saringan Pap
smear bermula pada lewat tahun enam puluhan untuk mengesan kanser serviks.
Mengesan kanser ini pada peringkat awal adalah amat penting. Pengesanan awal
dan rawatan segera meningkatkan peluang untuk sembuh dalam kanser. Malangnya,
kelewatan dalam pengesanan kes ini adalah biasa di kalangan pesakit kanser
kami, Lim (1998). Mengetahui bahawa kanser
serviks adalah penyakit yang boleh dicegah, jika sel-sel kanser boleh dikesan
pada awal pemeriksaan. Justeru itu,
pakar perubatan menasihati wanita untuk menjalani ujian Pap smear
sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun untuk pengesanan awal kes kanser
serviks tetapi malangnya, kebanyakan wanita mengabaikan ini (Nanda, Bastian,
Hasselblad, Hickey dan Matchar, 2000).
Di peringkat global,
imunisasi adalah salah satu bentuk campur tangan kesihatan awam yang paling
berjaya. Andaian bahawa kos vaksin melarang kejayaan melaksanakan vaksin HPV, Muthumariappan,
Anthony (2010) boleh dicabar. Banyak projek-projek perintis di seluruh dunia
telah menunjukkan bahawa pengambilan vaksin HPV boleh dicapai melalui
perkongsian inovatif antara kerajaan organisasi, bukan kerajaan dan amal (Ladner,
Hampshire, Tapert, 2012). Melalui projek-projek ini, kekurangan penyelidikan
yang sistematik pada penerimaan vaksin merupakan satu faktor yang telah
dikenalpasti sebagai faktor yang kritikal dan memerlukan perhatian (Li, Ma, Wei, 2009). Pengambilan vaksin
tidak bergantung hanya pada kos dan penerimaan penduduk tetapi juga
infrastruktur untuk menyerahkannya. Program imunisasi berasaskan sekolah adalah
salah satu pendekatan yang paling berjaya, (Ladner, Hampshire, Tapert, 2012)
dengan guru-guru memainkan peranan sokongan yang penting.
Human Papillomavirus
(HPV) adalah ejen utama yang menyebabkan kanser serviks dan juga memainkan
peranan dalam punca terjadinya pertumbuhan sel kanser pada faraj, vulva, dubur,
zakar, rongga mulut dan oropharynx.Vaksin HPV yang telah dimasukkan ke dalam
program imunisasi di mana sebuah program berasaskan sekolah telah menawarkan
vaksin secara percuma kepada remaja perempuan yang berusia 13 tahun (Ladner,
Hampshire, Tapert, 2012). Program Kawalan Kanser Kebangsaan Malaysia telah
dilancarkan pada tahun 1997 oleh Kementerian Kesihatan. Matlamat utama program
ini adalah untuk mengurangkan kejadian dan kematian akibat kanser dengan
menggalakkan pengesanan awal kanser melalui pendidikan awam (Lim, 2001). Atas sebab
itu, kejayaan program itu memerlukan penyertaan pelbagai institusi. Ini
merangkumi program yang dirancang kerajaan, penyertaan pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan (seperti Majlis Kanser Nasional, MAKNA), latihan untuk
meningkatkan kemahiran, menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkaitan,
mengambil bahagian dalam program jaminan kualiti dan peraturan peraturan yang
sesuai. Kempen kesihatan merupakan cara yang digalakkan untuk menyampaikan
sesuatu mesej kepada orang awam berkaitan info kesihatan untuk meningkatkan
tahap pengetahuan dan kesedaran (Lim,1998). Menurut Kempen
Penyelidikan Kanser (1996), masyarakat sedar bahawa
kempen kesihatan merupakan alternatif pihak kesihatan untuk meningkatkan ilmu
dan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit tetapi kesibukan masa bekerja
menjadikannya satu alasan untuk tidak menyertainya.
Pendidikan kesihatan
seperti menggalakkan penggunaan kondom untuk melakukan hubungan seksual
(terutamanya di kalangan wanita muda), pengurangan pasangan seksual dan
mengamalkan strategi seks selamat telah disyorkan sebagai pendekatan yang perlu
untuk mengurangkan penyebaran HPV, (De Vet, 1994). Campur tangan menangani
isu-isu struktur yang menentukan kesihatan seperti meningkatkan akses kepada
kemudahan kesihatan, memperbaiki keadaan perumahan dan meningkatkan pendapatan
isi rumah telah disyorkan sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk
mengurangkan ketidaksamaan dalam kesihatan (Jabatan Kesihatan, 1999). Penekanan
ini juga adalah untuk meningkatkan
kesedaran mengenai pemeriksaan awal untuk mengelakkan kes ini daripada
terus ke peringkat yang lebih buruk.
Metodologi
Kajian
Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes kanser serviks
dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor
Setar adalah satu kajian yang dipilih untuk dikaji selidik.
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini berbentuk ‘Descriptive Study’ iaitu dengan penggunaan borang kaji selidik
sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini dipilih kerana ia begitu mudah dan berkesan
untuk mendapatkan maklumat dari responden. Kaedah ini mudah kerana ia dapat
menjimatkan masa, kos dan tenaga.
Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian ini seperti
rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan bahan penyelidikan. Rujukan lain
jugadigunakan seperti bahan bacaan dari majalah, jurnal-jurnal dan
pamplet-pamplet yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam
menyediakan borang soal selidik iaitu supaya soalan yang diajukan kepada
responden tidak terlalu panjang, ringkas dan tidak mengelirukan responden.
Tempat Kajian
Kajian ini dilaksanakan di
Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar. Kajian ini dilimitasikan kepada semua pesakit
yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar untuk mengetahui
tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dan kepentingan dalam pengambilan
imunisasi yang diberikan untuk proses pencegahan kanser tersebut.
Skop Kajian
Skop kajian ini meliputi
pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.
Kajian ini dilakukan kepada semua golongan yang boleh membaca dan menulis.
Persampelan
Pemilihan sampel yang digunakan adalah secara rawak
kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Alor Setar.Ia
dikhususkan kepada golongan wanita yang terdiri daripada 30 orang
responden.Responden adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur, kaum dan
latar belakang.Segala maklumat dan butir-butir peribadi akan dirahsiakan dan
hanya digunakan sebagai rujukan sahaja.Ini adalah bertujuan untuk menjaga nama
baik dan hak serta kebajikan responden.Responden akan disoal selidik terlebih
dahulu dan diberi penerangan mengenai tujuan kajian serta kaedah yang betul
untuk menjawab soalan bagi memastikan ianya memenuhi kehendak soalan.
Alatan Kajian
Dalam kajian ini cara
pengumpulan data adalah dengan menggunakan kaedah “Questionaire“ atau soalan kaji selidik.Pemilihan ini amat sesuai
digunakan kerana jawapan yang akan diperolehi lebih tepat dan cepat.Borang soal
selidik akan diedarkan kepada responden dan ia akan memberikan tindak balas
secara terus daripada setiap responden. Borang kaji selidik ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B,C dan D.
Bahagian A ( maklumat diri
responden )
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan latar belakang
responden seperti umur, bangsa, tahap pendidikan,
status perkahwinan, penempatan dan status pekerjaan.
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan
dengan objektif kajian bagi mengkaji tahap pengetahuan responden berkaitan
tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dalam kalangan wanita.
Bahagian C
Bahagian ini mengandungi soalan tentang tahap kesedaran mengenai faktor-faktor penyebab kanser
serviks dalam kalangan pesakit wanita.
Bahagian D
Bahagian ini mengandungi
soalan berkaitan mengenai langkah-langkah yang lebih sesuai digunakan untuk
memberi pendedahan kepada golongan wanita mengenai faktor-faktor atau cara
pencegahan awal dari mendapat penyakit ini di peringkat akhir.
Kajian Pilot
Sebelum “questionnaire” diedarkan kepada
responden, pengkaji terlebih dahulu melakukan “pilot study” kepada kumpulan sasaran bagi mendapatkan kefahaman
responden. Seramai tiga orang rakan telah dipilih bagi melakukan “pilot study” tersebut. Kaedah ini
digunakan sebagai rujukan untuk dianalisa di akhir maklumat yang diperolehi.
Pengumpulan data
Jangkaan masa yang diambil adalah selama sebulan dari
masa pengedaran borang soal selidik ini. Data akan dikumpul dan dianalisa serta
dalam tempoh ini pengkaji akan memastikan responden seramai 30 orang itu akan
menjawab semua soalan dan memastikan semua jawapan berjaya diperolehi. Masa
yang diperuntukkan adalah selama satu hari di mana pengkaji akan dibantu oleh
beberapa orang rakan untuk memasukkan data yang diperolehi dan melakukan
analisa daripada jawapan borang soal selidik yang diperolehi dari responden.
Limitasi Kajian
Sepanjang kajian ini
dijalankan terdapat banyak masalah yang dihadapi. Namun ia terpaksa dihadapi
bagi mengikut jadual yang ditetapkan bagi menghantar kajian ini. Antara masalah
yang sering dihadapi ialah seperti:
- Kebanyakan bahan rujukan adalah di dalam Bahasa
Inggeris dan ianya amat menyulitkan pengkaji menterjemahnya ke dalam
Bahasa Melayu.
- Pengalaman yang kurang di dalam melakukan
penyelidikan ini adalah merupakan di antara halangan yang dihadapi.
- Jangka masa kajian yang agak singkat serta jadual
klinikal yang ketat menyebabkan kesuntukan masa untuk melakukan kajian dan
pengumpulan maklumat.
- Kurangnya kemesraan antara pengkaji dengan responden
yang terlibat di tempat kajian, menyulitkan proses penyelidikan terutama
dalam pengumpulan data.
Analisis/Keputusan Kajian
Seramai 30 orang
responden dipilih secara rawak yang terdiri daripada wanita yang mendapatkan
rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah memberikan kerjasama dalam
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini
terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D.
Bahagian A - Jadual 1.0 : Frekuensi dan
peratus data sosio-demografi responden (n=30)
Data
demografi
|
Frekuensi
|
Peratusan
(%)
|
Umur (tahun)
|
||
15 – 30
|
15
|
50
|
31 – 45
|
12
|
40
|
46 – 60
|
3
|
10
|
Bangsa
|
||
Melayu
|
25
|
83.3
|
Cina
|
2
|
6.7
|
India
|
2
|
6.7
|
Lain-lain
|
1
|
3.3
|
Tahap pendidikan
|
||
Tidak bersekolah
|
3
|
10
|
Sekolah rendah
|
7
|
23.3
|
Sekolah menengah
|
15
|
50
|
Pengajian tinggi (sijil, diploma, ijazah
dll)
|
5
|
16.7
|
Penempatan
|
||
Bandar
|
5
|
16.7
|
Luar Bandar
|
25
|
83.3
|
Jadual
1.0 ( Sambungan)
|
||
Data
demografi
|
Frekuensi
|
Peratusan
(%)
|
Status perkahwinan
|
||
Bujang
|
7
|
23.4
|
Berkahwin
|
22
|
73.3
|
Bercerai
|
1
|
3.3
|
Status pekerjaan
|
||
Bekerja
|
5
|
16.7
|
Tidak bekerja
|
20
|
66.6
|
Belajar
|
5
|
16.7
|
Berdasarkan jadual
1.0 yang telah disediakan, jumlah responden untuk kajian ini terdiri
daripada 30 orang responden. Mengikut pecahan umur yang telah dibahagikan,
menunjukkan peratusan pecahan mengikut umur tidak sekata. Hal ini demikian
kerana 50 % respondan berumur antara 15-30 tahun, 40% daripadanya berumur antara 31-45 tahun dan
selebihnya iaitu 10% responden berumur antara lingkungan 45-60 tahun. Responden
berbangsa melayu telah mendominasi pecahan bangsa-bangsa utama di Malaysia
dengan majoriti besar iaitu sebanyak 83.3%. Manakala responden berbangsa cina dan india adalah
sama iaitu sebanyak 6.7% kedua-duanya dan 3.3% responden adalah dari bangsa
lain-lain. Berkaitan tahap pendidikan pula, peratusan responden yang tidak
bersekolah adalah 10%, 23.3% daripada responden terdiri daripada sekolah
rendah. Majoriti responden adalah daripada sekolah menengah iaitu 50% dan
selebihnya 16.7% adalah daripada mereka yang berpengajian tinggi. Kebanyakan
responden adalah daripada penempatan luar bandar dengan peratusan sebanyak
83.3% dan selebihnya dari bandar iaitu 17.70%. Status perkahwinan adalah antara
soalan yang diajukan kepada responden.
Peratusan terbesar daripada responden adalah terdiri daripada mereka
yang telah berkahwin iaitu 73.30% diikuti bujang dengan peratus sebanyak 23.40
dan akhir sekali daripada mereka yang telah bercerai iaitu 3.30%. Soalan
terakhir yang telah diajukan kepada responden adalah berkaitan dengan status
pekerjaan dan rata-rata daripada responden terdiri daripada mereka yang tidak
bekerja iaitu sebanyak 66.60%. manakala responden yang bekerja dan bekerja
sendiri masing-masing mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 16.70%.
Bahagian B – Tahap pengetahuan
mengenai kanser serviks
Rajah 1.0
Rajah 1.0 pula menunjukkan data mengenai tahap pengetahuan
responden terhadap penyakit kanser serviks. Tahap pengetahuan responden diuji
dengan soalan-soalan yang terdiri daripada definisi, simptom-simptom, rawatan
dan pencegahan untuk penyakit kanser serviks. Bagi menilai tahap responden
pula, setiap soalan telah diletakkan penanda aras untuk mengesan sama ada
responden mendapatkan skor yang tinggi, sederhana atau lemah. Bermula dengan
soalan definisi penyakit kanser serviks, sebanyak 20% daripada responden
menjawab dengan tepat, 50% daripada responden menjawab dengan kurang tepat
manakala 30% daripada responden menjawab soalan dengan tidak tepat. Bagi soalan
yang ditanya mengenai simptom – simptom penyakit kanser serviks, sebanyak 47%
daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, diikuti skor yang
sederhana sebanyak 20%. Selebihnya 33% daripada responden mempunyai tahap
pengetahuan yang lemah mengenai simptom penyakit kanser serviks.
Selain itu, responden diacukan soalan mengenai rawatan
untuk penyakit kanser serviks. Rata – ratanya dalam kalangan responden,
sebanyak 43% daripada responden memperoleh skor sederhana. Kemudian diikuti
pula 27% daripada responden dengan skor yang tinggi, dan 30% daripada responden
dengan skor yang lemah. Di samping itu, responden juga diminta untuk menjawab
soalan mengenai cara pencegahan penyakit kanser serviks. Kebanyakkan responden
menjawab dengan betul dan memperoleh skor yang tinggi iaitu sebanyak 57%.
Seterusnya, sebanyak 23% daripada responden mendapat skor sederhana dituruti
responden dengan skor lemah dengan 20%.
Jadual 2.0 Tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV
Soalan
|
Perkara
|
Bilangan
|
Peratusan (%)
|
Adakah
anda pernah mengambil suntikan HPV
|
Ya
|
14
|
47
|
Tidak
|
16
|
53
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
|
Suntikan
HPV dilakukan sekali seumur hidup
|
|||
Ya
|
8
|
27
|
|
Tidak
|
22
|
73
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
|
Suntikan
HPV mencegah daripada mendapat kanser serviks
|
|||
Ya
|
20
|
67
|
|
Tidak
|
10
|
33
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
|
Suntikan
HPV diberikan kepada mereka yang telah berkahwin
|
|||
Ya
|
15
|
50
|
|
Tidak
|
15
|
50
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
Berdasarkan Jadual 2.0 di atas iaitu berkaitan
dengan tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV (humanpapillomavirus) di mana antara soalan yang diajukan ialah
mengenai pengambilan suntikan tersebut. Hasil kajian mendapati seramai 14
responden iaitu sebanyak 47% daripadanya pernah mengambil suntikan tersebut dan
selebihnya 16 (47%) tidak pernah mengambil suntikan HPV. Seterusnya berkaitan
dengan soalan pengambilan suntikan HPV sekali seumur hidup pula seramai 8
responden mewakili 27% menjawab ya dan 22 responden iaitu 73% daripadanya
menjawab tidak. Di samping itu, seramai 20 responden mewakili 67% menyatakan
suntikan HPV mencegah daripada mendapat kanser serviks manakala 33% iaitu
seramai 10 responden menyatakan sebaliknya. Soalan terakhir mendapati bahawa
separuh daripada responden menyatakan suntikan HPV diberikan kepada mereka yang
telah berkahwin dan separuh lagi daripadanya menyatakan sebaliknya.
Jadual 3.0 Tahap pengetahuan mengenai ujian Pap-smear
Soalan
|
Perkara
|
Bilangan
|
Peratusan (%)
|
Adakah
anda pernah mengambil ujian pap smear
|
Ya
|
20
|
67
|
Tidak
|
10
|
33
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
|
Ujian
pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun
|
|||
Ya
|
18
|
60
|
|
Tidak
|
12
|
40
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
|
Tujaun
pap smear adalah untuk mengesan kanser serviks
|
|||
Ya
|
2
|
6
|
|
Tidak
|
28
|
94
|
|
JUMLAH
|
30
|
100
|
Seramai 20 responden bersamaan 67% pernah mengambil ujian
pap smear dan 33% daripadanya tidak pernah mengambil ujian tersebut berdasarkan
jadual
3.0 berkaitan tahap pengetahuan mengenai ujian pap smear. Selain
daripada itu, hanya 12 responden bersamaan dengan 40% daripadanya menyatakan
ujian pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun manakala selebihnya iaitu 60%
mewakili 18 orang responden menyatakan sebaliknya. Majoriti daripada responden
iaitu 28 (94%) tidak bersetuju bahawa tujuan ujian pap smear adalah untuk
mengesan kanser serviks dan hanya 2 orang responden yang menyatakan sebaliknya.
Bahagian
C – Tahap kesedaran mengenai faktor kanser serviks
Rajah 2.0
|
Bahagian D – Langkah meningkatkan tahap pengetahuan
mengenai kanser serviks
Soalan
|
Perkara
|
Bilangan
|
Peratusan (%)
|
|
Anda
pernah menyertai kempen atau seminar mengenai kanser serviks?
|
Ya
|
8
|
27
|
|
Tidak
|
22
|
73
|
||
JUMLAH
|
30
|
100
|
||
Adakah
kempen tersebut berkesan dalam menyampaikan mesejnya?
|
||||
Ya
|
8
|
27
|
||
Tidak
|
22
|
73
|
||
JUMLAH
|
30
|
100
|
||
Pemeriksaan
percuma dapat menggalakkan orang ramai menyertai kempen tersebut.
|
||||
Ya
|
30
|
100
|
||
Tidak
|
0
|
0
|
||
JUMLAH
|
30
|
100
|
||
Program
imunisasi diperingkat sekolah perlu diperluaskan termasuk di luar bandar
|
||||
Ya
|
30
|
100
|
||
Tidak
|
0
|
0
|
||
30
|
100
|
|||
JUMLAH
|
||||
Media
massa seperti mengadakan iklan di televisyen dapat mempertingkatkan
pengetahuan mengenai kanser serviks
|
||||
Ya
|
20
|
66
|
||
Tidak
|
10
|
34
|
||
JUMLAH
|
30
|
100
|
||
Jadual 4.0
Jadual 4.0 di atas adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap
pengetahuan mengenai kanser serviks. Kebanyakan daripada responden tidak ramai
yang menyertai kempen atau seminar yang dijalankan. Hal ini kerana 22 (73%)
orang daripada responden menjawab tidak pada soalan berikut manakala 8 (27%)
responden yang lain pernah menyertai program tersebut. Responden yang
menghadiri program tersebut juga menyatakan kempen tersebut sangat berkesan
dalam menyampaikan mesej yang ingin diberikan manakala 22 responden bersamaan
73% tidak dapat menyatakan hal tersebut kerana tidak pernah menyertai program
tersebut. Dalam cadangan ketiga yang diberikan, kebanyakan responden iaitu 30
(100%) orang responden sangat bersetuju dengan menyatakan pemeriksaan secara
percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai program tersebut. Selain
itu, responden juga bersetuju dengan cadangan pengkaji berkaitan dengan program
imunisasi diperingkat sekolah perlu diperluaskan termasuk di kawasan luar
bandar. Hal ini jelas kerana 100% daripada responden memberi jawapan yang
positif dengan menjawab “ya” pada soalan yang diberikan seperti jadual 4.0 di atas. Ramai di antara
responden iaitu sebanyak 66% bersetuju dengan mengadakan iklan di televisyen
dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini manakala 33%
yang lain menyatakan sebaliknya.
Perbincangan
Hasil daipada kajian soal selidik yang telah dilaksanakan
berpandukan objektif-objektif kajian, setiap persoalan atau kenyataan masalah
dalam kajian ini telah terjawab. Hal ini sangat membantu dalam mendapatkan
nilai atau kualiti sesuatu kajian yang dijalankan. Seramai 30 orang responden
dipilih secara rawak yang terdiri daripada golongan wanita yang mendapatkan
rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah memberikan kerjasama
sepenuhnya dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal
selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian
C dan Bahagian D.
Berdasarkan data demografik yang telah dianalisis di
dalam Bahagian A, separuh daripada responden merupakan dari golongan mereka
yang berumur bawah 30 tahun dan selebihnya daripada mereka yang berumur atas
dari 30 tahun. Selain umur, responden turut ditanya mengenai bangsa. Responden
berbangsa melayu telah mendominasi pecahan bangsa-bangsa utama di Malaysia
dengan majoriti besar ialah bangsa melayu dan selebihnya daripada mereka
berbangsa lain seperti cina dan india dan seorang daripadanya dari bangsa
lain-lain.
Berkaitan tahap pendidikan pula, hampir kesemua responden
berpendidikan sekolah menengah dan paling sedikit adalah mereka yang tidak
bersekolah. Hal ini mungkin disebabkan majoriti daripada responden dari
kalangan mereka yang berumur bawah daripada 30 tahun. Hanya beberapa responden
sahaja dari mereka yang berpendidikan tinggi. Kebanyakan responden adalah daripada
penempatan luar bandar. Ini kerana di kawasan yang dikaji terdapat banyak
kawasan kampung di sekitarnya. Peratusan terbesar daripada responden adalah
terdiri daripada mereka yang telah berkahwin dan rata-rata daripada responden
terdiri daripada mereka yang tidak bekerja.
Pada
bahagian B, tahap pengetahuan responden diuji dengan soalan berkaitan dengan
definisi, simptom, rawatan dan pencegahan berkenaan penyakit kanser serviks.
Setiap soalan disertakan wajaran atau penanda aras bagi memastikan responden
dinilai dengan tahap seperti skor tinggi, sederhana dan lemah. Bagi definisi penyakit
kanser serviks, responden diberi tiga definisi yang berkaitan dengan kanser
serviks. Responden dinilai mengikut jawapan yang betul. Jika responden dapat
menjawab ketiga-tiga soalan yang diberikan maka responden akan dinilai sebagai
skor tinggi manakala jika responden dapat menjawab dua soalan dengan betul maka
responden akan dinilai sebagai skor sederhana dan akhir sekali jika responden
dapat menjawab satu atau ketiga-tiganya salah maka responden akan diberikan
skor rendah.
Begitu juga untuk soalan seterusnya adalah sama dengan
format yang dilakukan seperti di atas iaitu pada tahap pengetahuan mengenai simpton,
rawatan dan cara pencegahan. Hanya beberapa responden berjaya mendapat skor
tinggi apabila ditanya tentang definisi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
kebanyakkan responden tidak memahami makna ataupun maksud yang betul tentang
penyakit kanser serviks. Responden mungkin tidak mengambil berat berkaitan
makna kanser serviks tetapi responden begitu cakna berkaitan dengan
simptom-simptom penyakit kanser serviks. Majoriti daripada responden dapat
menyatakan atau mengetahui tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan penyakit
ini iaitu seperti yang dinyatakan oleh Cronje (2004), tanda-tanda awal boleh berlaku
antaranya rasa sakit ketika melakukan seks dan kemungkinan terdapat lelehan faraj
yang berair dan berbau busuk. Gejala yang mungkin timbul khususnya pada mereka
yang berusia lewat adalah pendarahan di luar waktu haid dan pendarahan pada
masa menopause (setelah berhenti
haid), Prawirohardjo (2005). Bukan itu sahaja, lebih separuh daripada responden
menyatakan tanda-tanda lain penyakit kanser serviks adalah hilang selera badan
dan turun berat badan. Ini bertepatan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan
oleh Ferlay (2004) yang
menyatakan kebanyakan wanita yang menghidap kanser serviks mungkin mengalami
kombinasi gejala-gejala berikut iaitu hilang selera makan dan turun berat badan
secara mendadak.
Selain itu, berdasarkan maklum balas responden mengenai
rawatan penyakit kanser serviks mendapati hanya suku daripada responden yang
dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan tahap kesedaran responden masih
lagi membimbangkan pengkaji. Responden seharusnya tahu bahawa sesuatu penyakit
harus dikesan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk
terutamanya dalam kes kanser serviks di mana pengesanan awal dan
rawatan segera meningkatkan peluang untuk sembuh dalam kanser. Ini bertepatan
dengan kenyataan yang diberi oleh Lim (1998) iaitu malangnya, kelewatan dalam
pengesanan kes ini adalah biasa di kalangan pesakit kanser kami. Bahagian B juga
menekankan pengetahuan responden tentang pencegahan untuk penyakit kanser
serviks. Statistik data menunjukkan bahawa lebih separuh daripada respoden mendapat
skor baik. Hal ini terjadi kerana responden mahupun orang awam secara logiknya
akan mengambil berat mengenai cara untuk mencegah sesuatu penyakit. Jadi tidak
mustahil sekiranya jika ditanya mengenai tahap pengetahuan mengenai pencegahan
sesuatu penyakit, responden dapat menjawab dengan baik. Contohnya, majoriti
responden memberikan jawapan yang betul mengenai langkah pencegahan iaitu
pemakaian kondom semasa melakukan seks untuk mengelak dari mendapat penyakit
kanser serviks. Menurut WHO (1998), Seorang wanita yang mempunyai pasangan seks
yang ramai dan melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom mempunyai
risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser serviks. Oleh itu, penggunaan
kondom dengan pasangan seks boleh mengurangkan risiko kanser serviks. Bagi
menguji tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV, hampir separuh daripada
responden pernah mengambil suntikan ini dan separuh lagi daripadanya tidak
pernah mengambil suntikan ini. Menurut
Ladner, Hampshire dan Tapert (2012) vaksin HPV telah dimasukkan ke dalam program
imunisasi sekolah di mana sebuah program yang menawarkan vaksin secara percuma
kepada remaja perempuan yang berusia 13 tahun sahaja. Majoriti respoden tidak mengetahui bahawa suntikan HPV
hanya di ambil sekali seumur hidup. Akan tetapi pengambilannya adalah melalui
beberapa fasa. Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan seperti di atas di mana
suntikan HPV ditekankan kepada mereka yang berusia 13 tahun sahaja. Hampir dua per tiga responden menyatakan suntikan HPV
mencegah daripada mendapat kanser serviks. Tujuan suntikan HPV adalah untuk
mencegah daripada mendapat jangkitan human
papilloma virus (HPV) jenis 16 dan jenis 18. Soalan terakhir mendapati
bahawa separuh daripada responden menyatakan suntikan HPV diberikan kepada
mereka yang telah berkahwin dan separuh lagi daripadanya menyatakan sebaliknya.
Tahap pengetahuan responden mengenai kesedaran terhadap pengambilan imunisasi
perlu dipertingkatkan lagi dengan pelbagai cara selain mengedarkan poster, ia
juga perlu bantuan pihak media untuk menyebarkan mengenai suntikan imunisasi
HPV kepada wanita yang berusia 13 tahun termasuk tujuan dan kepentingannya.
Berkaitan ujian pap smear pula, majoriti daripada responden iaitu 20 orang
responden pernah mengambil ujian ini. Ini kerana responden menyedari bahawa mengesan kanser ini pada
peringkat awal adalah amat penting. Berdasarkan jadual 3.0, lebih separuh
daripada responden menyatakan ujian pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun
manakala selebihnya menyatakan sebaliknya. Hal ini bertujuan untuk mendapat
pengesanan awal kanser serviks tetapi kebanyakan daripada mereka tidak
mengetahuinya. Hal ini jelas terbukti berdasarkan borang kaji selidik yang
diberikan kepada responden di mana 94% daripadanya tidak tahu tujuan ujian pap
smear dilakukan. Justeru itu, pakar
perubatan menasihati wanita untuk menjalani ujian Pap smear sekurang-kurangnya
sekali dalam 3 tahun untuk pengesanan awal kes kanser serviks tetapi malangnya,
kebanyakan wanita mengabaikan ini (Nanda, Bastian, Hasselblad, Hickey dan
Matchar, 2000).
Pada Bahagian C pula
adalah berkaitan dengan objektif kedua iaitu tahap kesedaran mengenai
faktor-faktor penyebab kes kanser serviks. Antara faktor penyebab yang boleh
mencetus kepada kanser serviks ialah penggunaan pil perancang. Berdasarkan data
yang diperoleh mendapati kurang daripada separuh daripada responden bersetuju
bahawa penggunaan pil perancang boleh menyebabkan kanser serviks. Ini
bertepatan dengan kajian yang dinyatakan oleh La Vecchia, Tavani, Franceschi
dan Parazzini (1996), penggunaan pil perancang adalah salah satu faktor
penyebab kanser serviks. Ini jelas menunjukkan majoriti responden kurang jelas
mengenai pengetahuan berkaitan faktor penggunaan pil perancang boleh
menyebabkan kanse serviks.
Antara faktor lain ialah seks bebas atau seks
rambang. Faktor ini merupakan faktor dengan peratusan tertinggi yang telah
diberikan oleh responden untuk menyebabkan penyakit kanser serviks. Menurut WHO
(1998), amalan seks bebas juga merupakan faktor penting dalam penyumbangan
kepada kanser serviks. Individu yang mengamalkan hubungan seks bebas lebih
cenderung untuk mendapatkan penyakit ini. Human papilloma virus (HPV),
khususnya jenis 16 dan 18, adalah virus yang boleh menyebabkan penyakit kelamin
apabila bersentuhan dengan zon transformasi serviks dan menyumbang kepada
serviks karsinoma invasif. Berdasarkan data yang diperoleh melalui borang kaji
selidik mendapati 50% daripada responden menyatakan virus ini adalah penyebab
utama penyakit kanser serviks dan separuh lagi daripada responden menjawab
sebaliknya. Seperti yang diutarakan oleh De Marco et al (2006) epidemiologi dan
data klinikal menunjukkan bahawa Human
Papilloma Virus (HPV) terutama
HPV-16 dan HPV-18, memainkan peranan utama dalam etiologi kanser serviks. Hal
ini membuktikan tahap kesedaran responden mengenai faktor penyebab kanser
serviks masih lemah dalam kalangan wanita di Malaysia.
Selain itu, majoriti
responden menyatakan merokok bukan salah satu daripada faktor etiologi penyakit
kanser serviks. Hal ini jelas membuktikan kenyataan dari Sood (1991) iaitu
faktor –faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan kanser serviks termasuk
merokok tidak menepati dengan pilihan responden. Akan tetapi Kempen
Penyelidikan Kanser (1996) menyokong kenyataan yang diberikan oleh Sood (1991)
bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit
kanser serviks. Faktor kedua dengan peratusan tertinggi yang bersetuju
menyatakan hubungan seks diawal usia. Menurut WHO (1998) lagi, faktor usia juga
merupakan faktor penting dalam penyumbangan kepada kanser serviks. Wanita
sekitar belasan tahun yang mengamalkan hubungan seks lebih cenderung untuk
mendapatkan penyakit ini iaitu dua kali ganda berbanding mereka yang berusia 25
tahun ke atas. Dari borang kaji selidik yang berkaitan dengan faktor ini jelas
sependapat dengan kenyataan yang diberikan oleh (WHO 1998). Akan tetapi, ada
segelintir dari responden yang tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai
faktor penyebab ini dan secara tidak langsung akan menyebabkan peratusan kes
kanser serviks mungkin tidak akan berkurang dan tidak dapat dicegah sepenuhnya.
Isu seterusnya juga ada sedikit berkait dengan faktor di atas dan ianya ialah
individu yang mempunyai pasangan seks yang ramai. Faktor ini juga turut
dijelaskan oleh WHO (1998), Seorang wanita yang mempunyai pasangan seks yang
ramai mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser serviks.
Berdasarkan rajah 2.0, hampir kesemua
responden bersetuju dengan menyatakan individu yang mempunyai pasangan seks
yang ramai berisiko untuk mendapat penyakit kanser serviks. Kemungkinan besar
responden mungkin menganggap pasangan seks yang ramai tidak boleh menyebabkan
seseorang itu mendapat penyakit ini kerana jika individu itu memakai kondom
semasa melakukan seks dengan pasangannya yang lain dapat mencegah dari
berlakunya penyakit ini kerana menurut WHO (1998) penggunaan kondom dengan
pasangan seks boleh mengurangkan risiko kanser serviks.
Pada bahagian terakhir
dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden iaitu bahagian D
iaitu berkaitan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap pengetahuan
mengenai penyakit kanser serviks. Menurut Kempen Penyelidikan Kanser (1996), masyarakat sedar bahawa
kempen kesihatan merupakan alternatif pihak kesihatan untuk meningkatkan ilmu
dan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit tetapi kesibukan masa bekerja
menjadikannya satu alasan untuk tidak menyertainya. Sejajar dengan itu,
majoriti responden tidak ramai yang menyertai kempen atau seminar yang
dijalankan. Hal ini menunjukkan responden mengamalkan sikap sambil lewa
berkaitan dengan kempen kesihatan ini. Jika masyarakat meneruskan sikap
sebegini, maka lambat- laun kes kanser serviks mungkin akan meningkat dari
setahun ke tahun yang berikutnya.
Untuk mengurangkan
masalah ini, masyarakat seharusnya sedar bahawa Kempen kesihatan merupakan cara
yang digalakkan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang awam berkaitan
info kesihatan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran (Lim, 1998). Akan tetapi, keputusan
yang diterima daripada responden yang pernah mengikuti program tersebut tidak
menghampakan pengkaji. Ini kerana bilangan responden yang pernah menghadiri
program tersebut menyatakan program tersebut berkesan dalam menyampaikan
mesejnya manakala selebihnya mengatakan tidak. Hal ini kerana kemungkinan besar
responden adalah dari golongan mereka yang menggunakan alasan tiada masa kerana
bekerja dan alasan lain untuk tidak menghadiri program tersebut. Dalam cadangan
ketiga yang diberikan, keseluruhan responden sangat bersetuju dengan menyatakan
pemeriksaan secara percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai
program tersebut terutama apabila ianya dibuat di kawasan perkampungan dan
kawasan pendalaman. Contohnya seperti memberikan suntikan imunisasi HPV atau
ujian saringan Pap smear untuk tujuan pengesanan awal dapat mengalakkan wanita
khususnya golongan remaja perempuan menyertai program tersebut.
Ini kerana kemungkinan daripada mereka tidak
suka menunggu lama di Klinik Kesihatan untuk mendapatkan imunisasi tersebut dan
kemungkinan besar juga mereka yang berada di kawasan pedalaman tidak mempunyai
kenderaan dan sebagainya untuk ke klinik menyebabkan mereka bersetuju bahawa
pemeriksaan secara percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai
kempen tersebut. Menurut Jabatan Kesihatan (1999), Campur tangan menangani
isu-isu struktur yang menentukan kesihatan seperti meningkatkan akses kepada
kemudahan kesihatan seperti menyediakan kenderaan untuk tujuan pemeriksaan,
memperbaiki keadaan perumahan dan meningkatkan pendapatan isi rumah telah
disyorkan sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan
ketidaksamaan dalam kesihatan.
Program Kawalan Kanser Kebangsaan Malaysia
telah dilancarkan pada tahun 1997 oleh Kementerian Kesihatan. Turut menyokong
kenyataan ini ialah Lim (2001) di mana menyatakan matlamat utama program ini
adalah untuk mengurangkan kejadian dan kematian akibat kanser dengan
menggalakkan pengesanan awal kanser melalui pendidikan awam (Lim, 2001). Selain itu, responden juga bersetuju dengan cadangan
pengkaji berkaitan dengan program imunisasi diperingkat sekolah perlu
diperluaskan termasuk di kawasan luar bandar. Hal ini jelas kerana 100%
daripada responden memberi jawapan yang positif dengan menjawab “ya” pada
soalan yang diberikan seperti jadual 4.0
di atas. Banyak projek-projek perintis di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa
pengambilan vaksin HPV boleh dicapai melalui perkongsian inovatif antara
kerajaan organisasi, bukan kerajaan dan amal (Ladner et al., 2012). Melalui
projek-projek ini, kekurangan penyelidikan yang sistematik pada penerimaan
vaksin merupakan satu faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang
kritikal dan memerlukan perhatian (Li et al., 2009). Pengambilan vaksin tidak
bergantung hanya pada kos dan penerimaan penduduk tetapi juga infrastruktur
untuk menyerahkannya terutamanya di kawasan luar bandar.. Program imunisasi
berasaskan sekolah adalah salah satu pendekatan yang paling berjaya (Ladner et
al, 2012) dengan guru-guru memainkan peranan sokongan yang penting. Cadangan
terakhir ialah mengadakan iklan di
televisyen dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini.
Ramai di antara responden bersetuju dengan cara ini kerana kebanyakan wanita
merupakan seorang ibu dan seorang surirumah. Mereka banyak meluangkan masa di
depan televisyen setelah selesai membuat kerja rumah dan sebagainya. Ini
sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan sekiranya media
massa turut terlibat dalam program sebegini dengan memperbanyakkan iklan
mengenai penyakit ini dan cara mencegah serta pengesanan awal amat penting
untuk mengelakkan penyakit kanser serviks terus menjadi lebih teruk dan
sebagainya.
Atas sebab itu, kejayaan
program itu memerlukan penyertaan pelbagai institusi. Ini merangkumi program
yang dirancang kerajaan, penyertaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
(seperti Majlis Kanser Nasional, MAKNA), latihan untuk meningkatkan kemahiran,
menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkaitan, mengambil bahagian dalam
program jaminan kualiti dan peraturan peraturan yang sesuai.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat
dirumuskan hasil dari kajian ini adalah majoriti responden mampu menjawab
soalan yang diberikan dengan baik. Responden juga mempunyai pengetahuan
mengenai kanser serviks tetapi masih ada segelintir daripada responden tidak
mengetahui penyakit ini dengan lebih mendalam iaitu berkaitan dengan
faktor-faktor, cara pencegahan dan rawatan yang diperlukan untuk mengawal dan
mengatasi masalah ini dengan baik. Secara kasarnya, penyakit kanser serviks
dalam negara Malaysia masih meningkat dan kian meruncing sejak akhir-akhir ini.
Keputusan yang telah dinilai setelah responden memberi maklumbalas tentang
tahap pengetahuan umum mengenai kanser serviks termasuk tahap kesedaran
mengenai pengambilan imunisasi HPV dan ujian Pap smear begitu ketara dapat
dilihat sukar mencapai matlamat objektif. Begitu juga dengan tahap pengetahuan
terhadap faktor-faktor penyebab kes kanser serviks. Majoritinya responden dapat
mengenalpasti faktor-faktor tersebut. Akan tetapi masih ada segelintir
responden yang masih keliru walaupun jika difikir secara logik, faktor tersebut
memang ada kaitan dengan penyakit ini. Ini membimbangkan responden berkaitan
dengan pemasalahan ini. Oleh itu, berdasarkan bahagian cadangan responden,
mereka memberikan jawapan yang positif berkaitan langkah mempertingkatkan
pengetahuan mengenai kanser serviks ini. Daripada data demografi, majoriti
responden berada di kawasan luar bandar. Pengkaji merasakan cara untuk
mempertingkatkan tahap pengetahuan masyarakat adalah dengan cara melaksanakan
kempen bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain. Untuk mempermudahkan
itu, kementerian seharunya mewujudkan satu unit khas untuk menjayakan program
tersebut dan disertai dengan pelajar dari kolej-kolej kesihatan kerajaan yang
sedia ada bagi memberikan pengalaman kepada mereka untuk digunakan semasa
bekerja kelak. Tambahan lagi, bagi menarik minat orang ramai terhadap program
tersebut, mereka seharusnya menambahkan program seperti mengadakan pemeriksaan
percuma dan sebagainya. Justeru itu, kejayaan program itu
memerlukan penyertaan pelbagai institusi tidak kira dari badan kerajaan mahupun
badan bukan kerajaan.
Rujukan
Anderson, S.M. (2002). Human
Papillomavirus and cervical cancer. Clinical Microbiology Newsletter. Vol. 24 No. 15:
113-118.
Cronje, H.S. (2004).
Screening for cervical cancer in developing countries. International Journal of Gynecology and Obstetrics. 84
(2004): 101-108.
De
Marco., Rashidah, S., Shamsuddin, K. & Intan, O. (2006). Factors related to
the practice of breast self
examination (BSE) and Pap smear screening among Malaysian women workers in selected electronics factories. BMC
Women’s Health. 3: 1-11.
De Vet, H. C. W. and Sturmans,
F. (1994) Risk factors for cervical dysplasia: Implications for prevention. Public Health, 108, 241–249.
Ferlay J. (2004) Globocan
2002: Cancer Incidence, Mortality and Prevalence Worldwide. IARC Cancerbase No.5, version 2.0.
Lyon, IARC Press.
Jabatan
kesihatan (1999) Saving Lives: Our Healthier Nation. The Stationery
Office, London.
Kempen Penyelidikan Kanser
(1996) Lung Cancer and Smoking, Factsheet 11.4. Cancer Research Campaign, London.
Ladner J, Hampshire R, Tapert
L., (2012) Assessment of eight HPV vaccination programs
implemented in lowest income countries, BMC
Public Health, 12, 370.
La Vecchia, C., Tavani, A.,
Franceschi, S. and Parazzini, F. (1996) Oral contraceptives and cancer: a review of the evidence. Drug
Safety, 14, 260–272.
Lim, G.C.C. (1998). Cancer in
Malaysia - There is light at the end of the tunnel. Malaysian Medical Association.
Lim, G.C.C. (2001). Overview
of cancer in Malaysia. Jpn J Clin Oncol. 32 (Supplement 1): S37-S42.
Li J, Ma JF, Wei LH et al.,
(2009). Knowledge and attitudes about human papillomavirus (HPV) and HPV vaccines among women living in
metropolitan and rural regions of China.
Vaccine, 27, 1210-5.
Lovejoy, N. C. (1994)
Precancerous and cancerous cervical lesions: the multicultural ` male' risk factor. Oncology Nursing
Forum, 21, 497–504.
Malaysian Medical
Association. (2002). Insurance medical card and Pap smear screening in conjunction with 1st
National Working Committee, PPSMMA.
Muthumariappan M, Antony RG
(2010) cost and financing issues limit access to the HPV vaccine. Asian Pac J Cancer, Prev, 11, 573-4.
Nanda, K., Bastian, L.A.,
Hasselblad, V., Hickey, J.D. & Matchar, D.B. (2000). Accuracy of the Papaniculaou Test in screening for
and follow-up of cervical cytologic abnormalities:
A systematic review. Ann Intern Med. 132: 810-819.
Nubia,
Flaskerud J, Bennett C, Leake B. and Lewis C. (2006) Evaluation of 2 aids education-programs for impoverished
Latina women. AIDS Education and Prevention, 6, 296–309.
Prawirohardjo
(2005). Cervical cancer screening: patients’ understanding of screening for cervical cancer in major hospitals in
Malaysia. Asian Pac J Cancer.
Rosemawati, A. &
Sallehudin, A.B. (2001). Cancer registration in Malaysia. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention.
Vol. 2: S43-S45.
Sood, A. K. (1991) Cigarette
smoking and cervical cancer: meta-analysis and critical review of recent studies. American Journal of
Preventive Medicine, 7, 208–213.
WHO (1998) The World
Health Report 1998. Life in the 21st century. A Vision for All. WHO, Geneva.
World Health Organization
(2005), Regional Office for the Western Pacific. Regional Statistics.
Zur
Hausen (2002) Cancer incidence in Peninsular Malaysia, 2003-2005. Kuala Lumpur:
National Cancer Registry.
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment