Sunday, 25 February 2018

Faktor-faktor peningkatan Kes Kanser Serviks (HSR PPP)










Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks
Dalam Kalangan Wanita









Mohd Eizairie bin Abdul Mutalib
No Matrik: DBMA11-6071
Health Research System, MAPR 3132
Encik Azman Bin Abdullah




Isi Kandungan

Kandungan                                                                                                    Muka Surat
Penghargaan                                                                                                                         3
Abstrak                                                                                                                                  4
Pengenalan   
-          Pengenalan                                                                                                                 5
-          Penyataan Masalah                                                                                                    7
-          Objektif Kajian                                                                                                            8

Pencarian Literature
-          ( Literature Review )                                                                                                   9
Design dan Metodologi
-          Rekabentuk Kajian                                                                                                     13
-          Tempat kajian                                                                                                             14
-          Pensampelan                                                                                                              14
-          Alatan Kajian                                                                                                               14
-          Pilot study                                                                                                                   15
-          Pengumpulan Data                                                                                                     15
-          Limitasi kajian                                                                                                             16

Analisis Data
-          Pengenalan                                                                                                                 17
-          Bahagian A:  Maklumat Peribadi Responden                                                            17
-          Bahagian B: Pengetahuan Mengenai Kanser Serviks                                               19
-          Bahagian C: Pengetahuan Mengenai Faktor Penyebab Kanser Serviks                  23
-          Bahagian D: Langkah Meningkatkan Tahap Pengetahuan                                       24
Perbincangan
-          Pendahuluan                                                                                                             25
-          Bahagian 1:   Maklumat Peribadi Responden                                                          25
-          Bahagian 2:   Pengetahuan Mengenai Kanser Serviks                                            26
-          Bahagian 3:   Pengetahuan Mengenai Faktor Penyebab Kanser Serviks               28
-          Bahagian 4:   Langkah Meningkatkan Tahap Pengetahuan                                    31

Kesimpulan                                                                                                                           34
Rujukan                                                                                                                                  35
Lampiran                                                                                                                                37
-          Borang Kaji Selidik
-          Borang Proposal
-          Bubble Chart
-          Gunn Chart






Penghargaan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

            Bersyukur ke hadrat illahi dengan berkat dan keizinanNya dapatlah saya melaksanakan kajian mengenai faktor-faktor peningkatan kes kanser serviks dalam kalangan wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan dalam Diploma Pembantu Perubatan.
            Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Zafri bin Yusof, pengarah Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar serta Encik Tham Kong Loon, Ketua unit Penilaian Kualiti Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar kerana telah meluluskan kajian saya ini dan memberikan kebenaran kepada saya bagi meneruskan kajian ini.
Walaupun terlalu banyak halangan dari aspek teknikal akhirnya dapat juga saya menyelesaikan  kajian Health System Reasearch  ini pada  tahun ke-3 semester dua. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada penyelia kajian saya iaitu Encik Azman Bin Abdullah diatas tunjuk ajar,nasihat dan dorongan yang telah beliau berikan kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian ini serta tidak lupa penyelaras kumpulan iaitu Puan Ros Amizah Bt Abdullah serta pengajar-pengajar lain yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.
            Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan pelatih lain di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar kerana banyak membantu saya dari segi dorongan motivasi mahupun tunjuk ajar yang diberikan serta perkongsian idea dalam menyiapkan kajian ini.




Abstrak

Kanser serviks merupakan kanser kedua yang merbahaya selepas kanser payudara. Dalam keadaan biasa, semua sel di dalam tubuh kita ada tugasnya, dengan setiap satu tumbuh pada kadar tertentu, atas sebab tertentu. Kanser terjadi apabila rancangan yang telah ditetapkan ini terganggu dan sel-sel abnormal ini terus tumbuh lalu mengalihkan sel yang normal. Dengan menilai tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dalam kalangan wanita, ini mampu menghindari atau mengelak daripada mendapat penyakit ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes kanser serviks dalam kalangan wanita. Sampel sebanyak 30 orang daripada wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah diambil dan dianalisis mendapati bahawa majoriti daripada mereka mempunyai pengetahuan mengenai kanser serviks tetapi tidak mampu mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kanser serviks. Akan tetapi, mereka mampu menerima secara terbuka cadangan langkah-langkah untuk mempertingkatkan pengetahuan mengenai kanser serviks seperti yang diusulkan. Namun, hasil kajian menunjukkan peratusan terbesar punca penyumbang adalah daripada wanita itu sendiri yang mengambil mudah mengenai penyakit ini dan terus mengamalkan sikap sambil lewa mereka dalam menangani masalah yang dihadapi menyebabkan kebanyakan daripada mereka sudah terlewat untuk mendapatkan rawatan awal yang mana kemungkinan besar dapat meningkatkan peluang untuk mereka sembuh.





Faktor-Faktor yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks

Latar Belakang Kajian

Kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita di Malaysia. Barah ini paling biasa berlaku dalam kalangan wanita pada usia reproductive. Statistik terkini menunjukkan sekurang-kurangnya 1500 pesakit kanser pangkal rahim di Malaysia pada satu-satu masa atau empat hingga lima wanita sehari termasuk yang baru disahkan atau sedang menjalani rawatan. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia juga menyatakan bahawa sebanyak 50 peratus pesakit kanser ini langsung tidak mempunyai peluang meneruskan kehidupan. Sekurang-kurangnya terdapat dua pesakit kanser serviks meninggal dunia setiap hari.

Lesi prekanser skuamus pada serviks pula merujuk kepada perubahan-perubahan pada sel-sel skuamus yang terdapat pada bahagian serviks wanita yang tidak normal. Terdapat beberapa istilah yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini serta peringkat-peringkat perkembangannya. Keadaan yang tidak normal ini boleh menjurus kepada kanser serviks yang lebih teruk jika tidak dapat dikesan pada awalnya dan dirawat dengan segera. Kefahaman secara mendalam tentang kanser serviks membolehkan kanser ini dielakkan atau setidak-tidaknya terdapat penurunan statistik pesakit kanser serviks di Malaysia.

Masalah kanser mungkin meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan penduduk yang meningkat usianya. Badan kita terbentuk dari berjuta-juta sel. Kanser merupakan sejenis penyakit sel. Apabila sebilangan sel itu mati akibat meningkat usia atau kecederaan, sel- sel yang lain akan membiak untuk membentuk sel-sel baru bagi menggantikannya. Badan kita biasanya membentuk jumlah sel-sel yang  tepat dari segi bilangan dan jenisnya serta berhenti membiak apabila tugas tersebut telah sempurna. Kadangkala sel-sel di dalam badan terus membiak dan membahagikan dirinya tanpa berhenti dengan tidak mempunyai masa tertentu. Sel-sel yang tidak normal ini secara perlahan-lahan membentuk satu benjolan tisu yang digelar tumor.

Tumor ini menekan sel-sel disekelilingnya dan mengambil makanan darinya. Tumor ini mungkin kanser. Tidak semua tumor itu malignan. Tumor boleh jadi benign        (bukan kanser) ataupun malignan (jenis kanser). Tumor benign masih boleh menyebabkan penyakit jika ia berkembang dalam otak atau kawasan tertutup lain dalam badan. Tumor malignan lain merebak dan memusnahkan tisu normal yang berhampiran dan juga merebak ke bahagian badan yang lain.Tumor malignan terdiri dari sel-sel kanser. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak dan memusnahkan tisu-tisu disekeliling. Kadangkala, sel-sel ini berpecah dari tumor malignan yang asal dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Kanser merebak ke tempat-tempat lain dalam badan dengan memaksa diantara sel-sel yang normal. Sel-sel kanser juga merebak dari tempat asalnya ke bahagian badan yang lain menerusi aliran darah atau saluran limfa , kemudian ke bahagian badan yang lain di mana ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru.Sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser tidak diketahui. Sehinggakan 90% daripada kanser adalah dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup. Faktor risiko kanser boleh dibahagikan kepada yang tidak boleh diubahsuai dan yang boleh diubahsuai. Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai termasuk jantina , umur dan pembentuk genetik. Faktor risiko yang boleh diubahsuai adalah dikaitkan dengan cara hidup dan alam sekeliling iaitu apa juga yang berinteraksi dengan manusia termasuklah bahan makanan yang dimakan , diminum dan dihisap, sinaran , pendedahan di tempat kerja, tabiat seks dan bahan-bahan yang terdapat dalam udara, air dan tanah.

Penyataan Masalah
           
Kanser serviks merupakan kanser kedua merbahaya selepas kanser payudara. Ia berlaku apabila sel-sel dipangkal rahim tersebut bertukar menjadi sel kanser dan seterusnya proses penumbuhan sel kanser tersebut berlaku tanpa disekat. Masalah kanser serviks ini semakin serius jika langkah pencegahan seperti pengambilan imunisasi HPV (human papiloma virus) atau ujian pap smear tidak dilakukan. Kemungkinan besar kanser serviks ini boleh menjadi penyebab utama kes kematian yang berlaku di Malaysia kelak jika orang ramai terutamanya dalam kalangan wanita tidak mempunyai kesedaran mengenai kanser serviks ini. Mereka menjadikan faktor kurang pendedahan yang berkaitan dengan pemeriksaan tertentu dalam pengesanan awal kanser serviks ini sebagai satu isu yang menjadikan meningkatnya masalah yang berkaitan dengan kanser serviks ini. Selain daripada itu, kurangnya maklumat yang berkaitan dengan pendedahan kepentingan pengambilan suntikan imunisasi HPV merupakan masalah yang dihadapi oleh wanita dalam mencegah daripada virus ini.Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk mengkaji faktor-faktor penyebab peningkatan kes kanser serviks pada masa kini.












Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut iaitu:

Objektif Umum: Mengenalpasti faktor-faktor yang Menyebabkan Peningkatan Kes Kanser Serviks dalam Kalangan Wanita.

Objektif Khusus:
Objektif khusus terbahagi kepada tiga bahagian iaitu menilai tahap kesedaran mengenai kanser serviks dalam kalangan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar ; mengenalpasti tahap kesedaran mengenai faktor-faktor penyebab kanser serviks dalam kalangan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan tahap pengetahuan mengenai kanser servik dalam kalangan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar.










Pencarian Literatur

Menurut World Health Organization WHO (2005), lebih 500,000 kes baru kanser serviks didiagnos di mana lebih 90% adalah di negara-negara membangun dan dianggarkan bahawa lebih daripada 1 juta wanita diseluruh dunia kini mempunyai kanser serviks tetapi kebanyakan daripadanya belum disahkan atau tidak mempunyai akses kepada rawatan yang boleh menyembuhkan atau memanjangkan jangka hayat mereka. Kanser serviks merupakan kanser kedua yang paling biasa dalam kalangan wanita di seluruh dunia menurut (Anderson, 2002). Di Malaysia, kanser serviks menduduki tangga kedua selepas kanser payudara. Kira-kira, 1500 wanita Malaysia menghidap kanser serviks setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Pada tahun 1998, kanser serviks berada di kedudukan ke-8 sebagai punca kematian akibat kanser dalam kalangan kematian perubatan yang disahkan di Malaysia dan menduduki tempat ke-3 dalam tahun 1999. Hampir 10.5% daripada kematian di kalangan wanita di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser serviks (MMA, 2002).
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser dan menyebabkan tanda-tanda awal boleh berlaku antaranya rasa sakit ketika melakukan seks dan kemungkinan terdapat lelehan faraj yang berair dan berbau busuk, Cronje H.S. (2004). Gejala yang mungkin timbul khususnya pada mereka yang berusia lewat adalah pendarahan di luar waktu haid dan pendarahan pada masa menopause (setelah berhenti haid), Prawirohardjo (2005). Kebanyakan wanita yang menghidap kanser serviks mungkin  mengalami kombinasi gejala-gejala berikut iaitu hilang selera makan dan akibat daripada itu menyebabkan turun berat badan secara mendadak (Ferlay, 2004).
Seperti yang diutarakan oleh De Marco., Rashidah, S., Shamsudin, K., dan Intan, O. (2006), epidemiologi dan data klinikal menunjukkan bahawa Human Papilloma Virus (HPV)  terutama HPV-16 dan HPV-18, memainkan peranan utama dalam etiologi kanser serviks. Walau bagaimanapun, jangkitan HPV adalah meluas dalam populasi umum tetapi tidak boleh didapati di setiap pesakit dengan kanser serviks. Terdapat ramai penyelidik yang berpendapat bahawa HPV perlu faktor etiologi, tetapi sebahagiannya tetap mengekalkan bahawa ia sahaja sudah mencukupi untuk menyebabkan kanser serviks (Zur Hausen, 2002).
Menurut WHO (1998), amalan seks bebas juga merupakan faktor penting dalam penyumbangan kepada kanser serviks. Individu yang mengamalkan hubungan seks bebas lebih cenderung untuk mendapatkan penyakit ini. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan kanser serviks termasuk merokok Sood (1991), penggunaan pil perancang keluarga hasil kajian dari La Vecchia, C., Tavani, A., Franceschi, S. and Parazzini, F. (1996). Trend bahawa wanita kelas sosio-ekonomi yang rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser serviks dan kebanyakan daripada kumpulan ini adalah terdiri daripada mereka yang merokok (Kempen Penyelidikan Kanser, 1996).
Human papilloma virus (HPV), khususnya jenis 16 dan 18, adalah virus yang boleh menyebabkan penyakit kelamin apabila bersentuhan dengan zon transformasi serviks dan menyumbang kepada serviks karsinoma invasif. Menurut WHO (1998), Seorang wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai dan melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser serviks. Oleh itu, penggunaan kondom dengan pasangan seks boleh mengurangkan risiko kanser serviks.
Di Malaysia, saringan Pap smear bermula pada lewat tahun enam puluhan untuk mengesan kanser serviks. Mengesan kanser ini pada peringkat awal adalah amat penting. Pengesanan awal dan rawatan segera meningkatkan peluang untuk sembuh dalam kanser. Malangnya, kelewatan dalam pengesanan kes ini adalah biasa di kalangan pesakit kanser kami,  Lim (1998). Mengetahui bahawa kanser serviks adalah penyakit yang boleh dicegah, jika sel-sel kanser boleh dikesan pada awal pemeriksaan. Justeru itu,  pakar perubatan menasihati wanita untuk menjalani ujian Pap smear sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun untuk pengesanan awal kes kanser serviks tetapi malangnya, kebanyakan wanita mengabaikan ini (Nanda, Bastian, Hasselblad, Hickey dan Matchar, 2000).
Di peringkat global, imunisasi adalah salah satu bentuk campur tangan kesihatan awam yang paling berjaya. Andaian bahawa kos vaksin melarang kejayaan melaksanakan vaksin HPV, Muthumariappan, Anthony (2010) boleh dicabar. Banyak projek-projek perintis di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa pengambilan vaksin HPV boleh dicapai melalui perkongsian inovatif antara kerajaan organisasi, bukan kerajaan dan amal (Ladner, Hampshire, Tapert, 2012). Melalui projek-projek ini, kekurangan penyelidikan yang sistematik pada penerimaan vaksin merupakan satu faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang kritikal dan memerlukan perhatian (Li, Ma, Wei, 2009). Pengambilan vaksin tidak bergantung hanya pada kos dan penerimaan penduduk tetapi juga infrastruktur untuk menyerahkannya. Program imunisasi berasaskan sekolah adalah salah satu pendekatan yang paling berjaya, (Ladner, Hampshire, Tapert, 2012) dengan guru-guru memainkan peranan sokongan yang penting.
Human Papillomavirus (HPV) adalah ejen utama yang menyebabkan kanser serviks dan juga memainkan peranan dalam punca terjadinya pertumbuhan sel kanser pada faraj, vulva, dubur, zakar, rongga mulut dan oropharynx.Vaksin HPV yang telah dimasukkan ke dalam program imunisasi di mana sebuah program berasaskan sekolah telah menawarkan vaksin secara percuma kepada remaja perempuan yang berusia 13 tahun (Ladner, Hampshire, Tapert, 2012). Program Kawalan Kanser Kebangsaan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1997 oleh Kementerian Kesihatan. Matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan kejadian dan kematian akibat kanser dengan menggalakkan pengesanan awal kanser melalui pendidikan awam (Lim, 2001). Atas sebab itu, kejayaan program itu memerlukan penyertaan pelbagai institusi. Ini merangkumi program yang dirancang kerajaan, penyertaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (seperti Majlis Kanser Nasional, MAKNA), latihan untuk meningkatkan kemahiran, menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkaitan, mengambil bahagian dalam program jaminan kualiti dan peraturan peraturan yang sesuai. Kempen kesihatan merupakan cara yang digalakkan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang awam berkaitan info kesihatan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran (Lim,1998). Menurut Kempen Penyelidikan Kanser (1996), masyarakat sedar bahawa kempen kesihatan merupakan alternatif pihak kesihatan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit tetapi kesibukan masa bekerja menjadikannya satu alasan untuk tidak menyertainya.
Pendidikan kesihatan seperti menggalakkan penggunaan kondom untuk melakukan hubungan seksual (terutamanya di kalangan wanita muda), pengurangan pasangan seksual dan mengamalkan strategi seks selamat telah disyorkan sebagai pendekatan yang perlu untuk mengurangkan penyebaran HPV, (De Vet, 1994). Campur tangan menangani isu-isu struktur yang menentukan kesihatan seperti meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan, memperbaiki keadaan perumahan dan meningkatkan pendapatan isi rumah telah disyorkan sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan ketidaksamaan dalam kesihatan (Jabatan Kesihatan, 1999). Penekanan ini juga adalah untuk meningkatkan  kesedaran mengenai pemeriksaan awal untuk mengelakkan kes ini daripada terus ke peringkat yang lebih buruk.



Metodologi Kajian

Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kes kanser serviks dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar adalah satu kajian yang dipilih untuk dikaji selidik.

Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini berbentuk ‘Descriptive Study’ iaitu dengan penggunaan borang kaji selidik sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ini dipilih kerana ia begitu mudah dan berkesan untuk mendapatkan maklumat dari responden. Kaedah ini mudah kerana ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga.
Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian ini seperti rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan bahan penyelidikan. Rujukan lain jugadigunakan seperti bahan bacaan dari majalah, jurnal-jurnal dan pamplet-pamplet yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beberapa perkara penting perlu diambil kira dalam menyediakan borang soal selidik iaitu supaya soalan yang diajukan kepada responden tidak terlalu panjang, ringkas dan tidak mengelirukan responden.

Tempat Kajian
            Kajian ini dilaksanakan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar. Kajian ini dilimitasikan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar untuk mengetahui tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dan kepentingan dalam pengambilan imunisasi yang diberikan untuk proses pencegahan kanser tersebut.



Skop Kajian
            Skop kajian ini meliputi pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar. Kajian ini dilakukan kepada semua golongan yang boleh membaca dan menulis.

Persampelan
Pemilihan sampel yang digunakan adalah secara rawak kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Alor Setar.Ia dikhususkan kepada golongan wanita yang terdiri daripada 30 orang responden.Responden adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur, kaum dan latar belakang.Segala maklumat dan butir-butir peribadi akan dirahsiakan dan hanya digunakan sebagai rujukan sahaja.Ini adalah bertujuan untuk menjaga nama baik dan hak serta kebajikan responden.Responden akan disoal selidik terlebih dahulu dan diberi penerangan mengenai tujuan kajian serta kaedah yang betul untuk menjawab soalan bagi memastikan ianya memenuhi kehendak soalan.

Alatan Kajian
            Dalam kajian ini cara pengumpulan data adalah dengan menggunakan kaedah “Questionaire“ atau soalan kaji selidik.Pemilihan ini amat sesuai digunakan kerana jawapan yang akan diperolehi lebih tepat dan cepat.Borang soal selidik akan diedarkan kepada responden dan ia akan memberikan tindak balas secara terus daripada setiap responden. Borang kaji selidik ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B,C dan D.
Bahagian A ( maklumat diri responden )
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan latar belakang responden seperti  umur, bangsa, tahap pendidikan, status perkahwinan, penempatan dan status pekerjaan.



Bahagian B
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif kajian bagi mengkaji tahap pengetahuan responden berkaitan tahap pengetahuan mengenai kanser serviks dalam kalangan wanita.
Bahagian C
Bahagian ini mengandungi soalan tentang tahap kesedaran mengenai faktor-faktor penyebab kanser serviks dalam kalangan pesakit wanita.
Bahagian D
            Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan mengenai langkah-langkah yang lebih sesuai digunakan untuk memberi pendedahan kepada golongan wanita mengenai faktor-faktor atau cara pencegahan awal dari mendapat penyakit ini di peringkat akhir.

Kajian Pilot
            Sebelum “questionnaire” diedarkan kepada responden, pengkaji terlebih dahulu melakukan “pilot study” kepada kumpulan sasaran bagi mendapatkan kefahaman responden. Seramai tiga orang rakan telah dipilih bagi melakukan “pilot study” tersebut. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk dianalisa di akhir maklumat yang diperolehi.

Pengumpulan data
            Jangkaan masa yang diambil adalah selama sebulan dari masa pengedaran borang soal selidik ini. Data akan dikumpul dan dianalisa serta dalam tempoh ini pengkaji akan memastikan responden seramai 30 orang itu akan menjawab semua soalan dan memastikan semua jawapan berjaya diperolehi. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu hari di mana pengkaji akan dibantu oleh beberapa orang rakan untuk memasukkan data yang diperolehi dan melakukan analisa daripada jawapan borang soal selidik yang diperolehi dari responden.

Limitasi Kajian
            Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat banyak masalah yang dihadapi. Namun ia terpaksa dihadapi bagi mengikut jadual yang ditetapkan bagi menghantar kajian ini. Antara masalah yang sering dihadapi ialah seperti:

  1. Kebanyakan bahan rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris dan ianya amat menyulitkan pengkaji menterjemahnya ke dalam Bahasa Melayu.
  2. Pengalaman yang kurang di dalam melakukan penyelidikan ini adalah merupakan di antara halangan yang dihadapi.
  3. Jangka masa kajian yang agak singkat serta jadual klinikal yang ketat menyebabkan kesuntukan masa untuk melakukan kajian dan pengumpulan maklumat.
  4. Kurangnya kemesraan antara pengkaji dengan responden yang terlibat di tempat kajian, menyulitkan proses penyelidikan terutama dalam pengumpulan data.























Analisis/Keputusan Kajian

Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak yang terdiri daripada wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah memberikan kerjasama dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

Bahagian A - Jadual 1.0 : Frekuensi dan peratus data sosio-demografi responden (n=30)

Data demografi
Frekuensi
Peratusan (%)
Umur (tahun)


      15 – 30
15
50
      31 – 45
12
40
      46 – 60
3
10
Bangsa


      Melayu
25
83.3
      Cina
2
6.7
      India
2
6.7
      Lain-lain
1
3.3
Tahap pendidikan


      Tidak bersekolah
3
10
      Sekolah rendah
7
23.3
      Sekolah menengah
15
50
     Pengajian tinggi (sijil, diploma, ijazah dll)
5
16.7
Penempatan


      Bandar
5
          16.7
      Luar Bandar
25
          83.3



Jadual 1.0 ( Sambungan)


Data demografi
Frekuensi
Peratusan (%)
Status perkahwinan


    Bujang
7
          23.4
    Berkahwin
22
          73.3
    Bercerai
1
          3.3
Status pekerjaan


      Bekerja
5
          16.7
      Tidak bekerja
20
          66.6
      Belajar
5
          16.7




Berdasarkan jadual 1.0 yang telah disediakan, jumlah responden untuk kajian ini terdiri daripada 30 orang responden. Mengikut pecahan umur yang telah dibahagikan, menunjukkan peratusan pecahan mengikut umur tidak sekata. Hal ini demikian kerana 50 % respondan berumur antara 15-30 tahun,  40% daripadanya berumur antara 31-45 tahun dan selebihnya iaitu 10% responden berumur antara lingkungan 45-60 tahun. Responden berbangsa melayu telah mendominasi pecahan bangsa-bangsa utama di Malaysia dengan majoriti besar iaitu sebanyak 83.3%. Manakala  responden berbangsa cina dan india adalah sama iaitu sebanyak 6.7% kedua-duanya dan 3.3% responden adalah dari bangsa lain-lain. Berkaitan tahap pendidikan pula, peratusan responden yang tidak bersekolah adalah 10%, 23.3% daripada responden terdiri daripada sekolah rendah. Majoriti responden adalah daripada sekolah menengah iaitu 50% dan selebihnya 16.7% adalah daripada mereka yang berpengajian tinggi. Kebanyakan responden adalah daripada penempatan luar bandar dengan peratusan sebanyak 83.3% dan selebihnya dari bandar iaitu 17.70%. Status perkahwinan adalah antara soalan yang diajukan kepada responden.  Peratusan terbesar daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang telah berkahwin iaitu 73.30% diikuti bujang dengan peratus sebanyak 23.40 dan akhir sekali daripada mereka yang telah bercerai iaitu 3.30%. Soalan terakhir yang telah diajukan kepada responden adalah berkaitan dengan status pekerjaan dan rata-rata daripada responden terdiri daripada mereka yang tidak bekerja iaitu sebanyak 66.60%. manakala responden yang bekerja dan bekerja sendiri masing-masing mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 16.70%.

Bahagian B – Tahap pengetahuan mengenai kanser serviks
Rajah 1.0
Rajah 1.0 pula menunjukkan data mengenai tahap pengetahuan responden terhadap penyakit kanser serviks. Tahap pengetahuan responden diuji dengan soalan-soalan yang terdiri daripada definisi, simptom-simptom, rawatan dan pencegahan untuk penyakit kanser serviks. Bagi menilai tahap responden pula, setiap soalan telah diletakkan penanda aras untuk mengesan sama ada responden mendapatkan skor yang tinggi, sederhana atau lemah. Bermula dengan soalan definisi penyakit kanser serviks, sebanyak 20% daripada responden menjawab dengan tepat, 50% daripada responden menjawab dengan kurang tepat manakala 30% daripada responden menjawab soalan dengan tidak tepat. Bagi soalan yang ditanya mengenai simptom – simptom penyakit kanser serviks, sebanyak 47% daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, diikuti skor yang sederhana sebanyak 20%. Selebihnya 33% daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang lemah mengenai simptom penyakit kanser serviks.
Selain itu, responden diacukan soalan mengenai rawatan untuk penyakit kanser serviks. Rata – ratanya dalam kalangan responden, sebanyak 43% daripada responden memperoleh skor sederhana. Kemudian diikuti pula 27% daripada responden dengan skor yang tinggi, dan 30% daripada responden dengan skor yang lemah. Di samping itu, responden juga diminta untuk menjawab soalan mengenai cara pencegahan penyakit kanser serviks. Kebanyakkan responden menjawab dengan betul dan memperoleh skor yang tinggi iaitu sebanyak 57%. Seterusnya, sebanyak 23% daripada responden mendapat skor sederhana dituruti responden dengan skor lemah dengan 20%.

Jadual 2.0 Tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV
Soalan
Perkara
Bilangan
Peratusan (%)
Adakah anda pernah mengambil suntikan HPV
Ya
14
47
Tidak
16
53



JUMLAH
30
100
Suntikan HPV dilakukan sekali seumur hidup



Ya
8
27
Tidak
22
73



JUMLAH
30
100
Suntikan HPV mencegah daripada mendapat kanser serviks



Ya
20
67
Tidak
10
33



JUMLAH
30
100
Suntikan HPV diberikan kepada mereka yang telah berkahwin



Ya
15
50
Tidak
15
50



JUMLAH
30
100

Berdasarkan Jadual 2.0 di atas iaitu berkaitan dengan tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV (humanpapillomavirus) di mana antara soalan yang diajukan ialah mengenai pengambilan suntikan tersebut. Hasil kajian mendapati seramai 14 responden iaitu sebanyak 47% daripadanya pernah mengambil suntikan tersebut dan selebihnya 16 (47%) tidak pernah mengambil suntikan HPV. Seterusnya berkaitan dengan soalan pengambilan suntikan HPV sekali seumur hidup pula seramai 8 responden mewakili 27% menjawab ya dan 22 responden iaitu 73% daripadanya menjawab tidak. Di samping itu, seramai 20 responden mewakili 67% menyatakan suntikan HPV mencegah daripada mendapat kanser serviks manakala 33% iaitu seramai 10 responden menyatakan sebaliknya. Soalan terakhir mendapati bahawa separuh daripada responden menyatakan suntikan HPV diberikan kepada mereka yang telah berkahwin dan separuh lagi daripadanya menyatakan sebaliknya.

Jadual 3.0 Tahap pengetahuan mengenai ujian Pap-smear
Soalan
Perkara
Bilangan
Peratusan (%)
Adakah anda pernah mengambil ujian pap smear
Ya
20
67
Tidak
10
33



JUMLAH
30
100
Ujian pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun



Ya
18
60
Tidak
12
40



JUMLAH
30
100
Tujaun pap smear adalah untuk mengesan kanser serviks



Ya
2
6
Tidak
28
94



JUMLAH
30
100

Seramai 20 responden bersamaan 67% pernah mengambil ujian pap smear dan 33% daripadanya tidak pernah mengambil ujian tersebut berdasarkan jadual 3.0 berkaitan tahap pengetahuan mengenai ujian pap smear. Selain daripada itu, hanya 12 responden bersamaan dengan 40% daripadanya menyatakan ujian pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun manakala selebihnya iaitu 60% mewakili 18 orang responden menyatakan sebaliknya. Majoriti daripada responden iaitu 28 (94%) tidak bersetuju bahawa tujuan ujian pap smear adalah untuk mengesan kanser serviks dan hanya 2 orang responden yang menyatakan sebaliknya.

Bahagian C – Tahap kesedaran mengenai faktor kanser serviks


Rajah 2.0
            Rajah 2.0 di atas menunjukkan bilangan responden yang terdedah kepada faktor-  faktor penyebab kanser serviks. Soalan yang ditanyakan kepada responden membabitkan tabiat penggunaan pil perancang, pengamalan seks bebas atau seks rambang, merokok, hubungan seks diawal usia, mempunyai pasangan seks yang ramai dan faktor utama penyebab kanser serviks iaitu virus HPV jenis 16 dan 18. Faktor penyebab kanser serviks dalam kalangan responden yang paling tinggi ialah seks bebas. Hal ini demikian kerana 25 orang daripada 30 responden menyatakan seks bebas merupakan faktor penyebab kanser serviks. Faktor penyebab kedua tertinggi ialah mempunyai pasangan seks yang ramai dengan kelebihan 16 orang iaitu 23 responden berbanding 7 responden. Menduduki tangga ketiga dengan responden seramai 22 orang daripada 30 orang responden ialah melakukan hubungan seks di awal usia manakala faktor penyebab kanser serviks yang seterusnya ialah virus HPV jenis 16 dan 18 iaitu seramai 15 responden daripada 30 orang responden dan terakhir dengan masing-masing dengan bilangan responden yang sama iaitu 13 orang ialah penggunaan pil perancang dan merokok manakala 17 orang responden yang lain menyatakan sebaliknya berkaitan faktor berkaitan penggunaan pil perancang dan merokok.
Bahagian D – Langkah meningkatkan tahap pengetahuan mengenai kanser serviks
Soalan
Perkara
Bilangan
Peratusan (%)
Anda pernah menyertai kempen atau seminar mengenai kanser serviks?
Ya
8
27
Tidak
22
73



JUMLAH
30
100
Adakah kempen tersebut berkesan dalam menyampaikan mesejnya?



Ya
8
27
Tidak
22
73



JUMLAH
30
100
Pemeriksaan percuma dapat menggalakkan orang ramai menyertai kempen tersebut.



Ya
30
100
Tidak
0
0
JUMLAH
30
100
Program imunisasi diperingkat sekolah perlu diperluaskan termasuk di luar bandar



Ya
30
100
Tidak
0
0

30
100
JUMLAH


Media massa seperti mengadakan iklan di televisyen dapat mempertingkatkan pengetahuan mengenai kanser serviks



Ya
20
66
Tidak
10
34



JUMLAH
30
100
Jadual 4.0
Jadual 4.0 di atas adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap pengetahuan mengenai kanser serviks. Kebanyakan daripada responden tidak ramai yang menyertai kempen atau seminar yang dijalankan. Hal ini kerana 22 (73%) orang daripada responden menjawab tidak pada soalan berikut manakala 8 (27%) responden yang lain pernah menyertai program tersebut. Responden yang menghadiri program tersebut juga menyatakan kempen tersebut sangat berkesan dalam menyampaikan mesej yang ingin diberikan manakala 22 responden bersamaan 73% tidak dapat menyatakan hal tersebut kerana tidak pernah menyertai program tersebut. Dalam cadangan ketiga yang diberikan, kebanyakan responden iaitu 30 (100%) orang responden sangat bersetuju dengan menyatakan pemeriksaan secara percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai program tersebut. Selain itu, responden juga bersetuju dengan cadangan pengkaji berkaitan dengan program imunisasi diperingkat sekolah perlu diperluaskan termasuk di kawasan luar bandar. Hal ini jelas kerana 100% daripada responden memberi jawapan yang positif dengan menjawab “ya” pada soalan yang diberikan seperti jadual 4.0 di atas. Ramai di antara responden iaitu sebanyak 66% bersetuju dengan mengadakan iklan di televisyen dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini manakala 33% yang lain menyatakan sebaliknya.

Perbincangan
Hasil daipada kajian soal selidik yang telah dilaksanakan berpandukan objektif-objektif kajian, setiap persoalan atau kenyataan masalah dalam kajian ini telah terjawab. Hal ini sangat membantu dalam mendapatkan nilai atau kualiti sesuatu kajian yang dijalankan. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak yang terdiri daripada golongan wanita yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Setar telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
Berdasarkan data demografik yang telah dianalisis di dalam Bahagian A, separuh daripada responden merupakan dari golongan mereka yang berumur bawah 30 tahun dan selebihnya daripada mereka yang berumur atas dari 30 tahun. Selain umur, responden turut ditanya mengenai bangsa. Responden berbangsa melayu telah mendominasi pecahan bangsa-bangsa utama di Malaysia dengan majoriti besar ialah bangsa melayu dan selebihnya daripada mereka berbangsa lain seperti cina dan india dan seorang daripadanya dari bangsa lain-lain.
Berkaitan tahap pendidikan pula, hampir kesemua responden berpendidikan sekolah menengah dan paling sedikit adalah mereka yang tidak bersekolah. Hal ini mungkin disebabkan majoriti daripada responden dari kalangan mereka yang berumur bawah daripada 30 tahun. Hanya beberapa responden sahaja dari mereka yang berpendidikan tinggi. Kebanyakan responden adalah daripada penempatan luar bandar. Ini kerana di kawasan yang dikaji terdapat banyak kawasan kampung di sekitarnya. Peratusan terbesar daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang telah berkahwin dan rata-rata daripada responden terdiri daripada mereka yang tidak bekerja.
            Pada bahagian B, tahap pengetahuan responden diuji dengan soalan berkaitan dengan definisi, simptom, rawatan dan pencegahan berkenaan penyakit kanser serviks. Setiap soalan disertakan wajaran atau penanda aras bagi memastikan responden dinilai dengan tahap seperti skor tinggi, sederhana dan lemah. Bagi definisi penyakit kanser serviks, responden diberi tiga definisi yang berkaitan dengan kanser serviks. Responden dinilai mengikut jawapan yang betul. Jika responden dapat menjawab ketiga-tiga soalan yang diberikan maka responden akan dinilai sebagai skor tinggi manakala jika responden dapat menjawab dua soalan dengan betul maka responden akan dinilai sebagai skor sederhana dan akhir sekali jika responden dapat menjawab satu atau ketiga-tiganya salah maka responden akan diberikan skor rendah.
Begitu juga untuk soalan seterusnya adalah sama dengan format yang dilakukan seperti di atas iaitu pada tahap pengetahuan mengenai simpton, rawatan dan cara pencegahan. Hanya beberapa responden berjaya mendapat skor tinggi apabila ditanya tentang definisi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden tidak memahami makna ataupun maksud yang betul tentang penyakit kanser serviks. Responden mungkin tidak mengambil berat berkaitan makna kanser serviks tetapi responden begitu cakna berkaitan dengan simptom-simptom penyakit kanser serviks. Majoriti daripada responden dapat menyatakan atau mengetahui tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan penyakit ini iaitu seperti yang dinyatakan oleh Cronje (2004), tanda-tanda awal boleh berlaku antaranya rasa sakit ketika melakukan seks dan kemungkinan terdapat lelehan faraj yang berair dan berbau busuk. Gejala yang mungkin timbul khususnya pada mereka yang berusia lewat adalah pendarahan di luar waktu haid dan pendarahan pada masa menopause (setelah berhenti haid), Prawirohardjo (2005). Bukan itu sahaja, lebih separuh daripada responden menyatakan tanda-tanda lain penyakit kanser serviks adalah hilang selera badan dan turun berat badan. Ini bertepatan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ferlay (2004) yang menyatakan kebanyakan wanita yang menghidap kanser serviks mungkin mengalami kombinasi gejala-gejala berikut iaitu hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak.
Selain itu, berdasarkan maklum balas responden mengenai rawatan penyakit kanser serviks mendapati hanya suku daripada responden yang dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan tahap kesedaran responden masih lagi membimbangkan pengkaji. Responden seharusnya tahu bahawa sesuatu penyakit harus dikesan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk terutamanya dalam kes kanser serviks di mana pengesanan awal dan rawatan segera meningkatkan peluang untuk sembuh dalam kanser. Ini bertepatan dengan kenyataan yang diberi oleh Lim (1998) iaitu malangnya, kelewatan dalam pengesanan kes ini adalah biasa di kalangan pesakit kanser kami. Bahagian B juga menekankan pengetahuan responden tentang pencegahan untuk penyakit kanser serviks. Statistik data menunjukkan bahawa lebih separuh daripada respoden mendapat skor baik. Hal ini terjadi kerana responden mahupun orang awam secara logiknya akan mengambil berat mengenai cara untuk mencegah sesuatu penyakit. Jadi tidak mustahil sekiranya jika ditanya mengenai tahap pengetahuan mengenai pencegahan sesuatu penyakit, responden dapat menjawab dengan baik. Contohnya, majoriti responden memberikan jawapan yang betul mengenai langkah pencegahan iaitu pemakaian kondom semasa melakukan seks untuk mengelak dari mendapat penyakit kanser serviks. Menurut WHO (1998), Seorang wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai dan melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser serviks. Oleh itu, penggunaan kondom dengan pasangan seks boleh mengurangkan risiko kanser serviks. Bagi menguji tahap pengetahuan mengenai suntikan HPV, hampir separuh daripada responden pernah mengambil suntikan ini dan separuh lagi daripadanya tidak pernah mengambil suntikan ini. Menurut Ladner, Hampshire dan Tapert (2012) vaksin HPV telah dimasukkan ke dalam program imunisasi sekolah di mana sebuah program yang menawarkan vaksin secara percuma kepada remaja perempuan yang berusia 13 tahun sahaja. Majoriti respoden tidak mengetahui bahawa suntikan HPV hanya di ambil sekali seumur hidup. Akan tetapi pengambilannya adalah melalui beberapa fasa. Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan seperti di atas di mana suntikan HPV ditekankan kepada mereka yang berusia 13 tahun sahaja. Hampir dua per tiga responden menyatakan suntikan HPV mencegah daripada mendapat kanser serviks. Tujuan suntikan HPV adalah untuk mencegah daripada mendapat jangkitan human papilloma virus (HPV) jenis 16 dan jenis 18. Soalan terakhir mendapati bahawa separuh daripada responden menyatakan suntikan HPV diberikan kepada mereka yang telah berkahwin dan separuh lagi daripadanya menyatakan sebaliknya. Tahap pengetahuan responden mengenai kesedaran terhadap pengambilan imunisasi perlu dipertingkatkan lagi dengan pelbagai cara selain mengedarkan poster, ia juga perlu bantuan pihak media untuk menyebarkan mengenai suntikan imunisasi HPV kepada wanita yang berusia 13 tahun termasuk tujuan dan kepentingannya. Berkaitan ujian pap smear pula, majoriti daripada responden iaitu 20 orang responden pernah mengambil ujian ini. Ini kerana responden menyedari bahawa mengesan kanser ini pada peringkat awal adalah amat penting. Berdasarkan jadual 3.0, lebih separuh daripada responden menyatakan ujian pap smear dilakukan sekali dalam tiga tahun manakala selebihnya menyatakan sebaliknya. Hal ini bertujuan untuk mendapat pengesanan awal kanser serviks tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengetahuinya. Hal ini jelas terbukti berdasarkan borang kaji selidik yang diberikan kepada responden di mana 94% daripadanya tidak tahu tujuan ujian pap smear dilakukan. Justeru itu,  pakar perubatan menasihati wanita untuk menjalani ujian Pap smear sekurang-kurangnya sekali dalam 3 tahun untuk pengesanan awal kes kanser serviks tetapi malangnya, kebanyakan wanita mengabaikan ini (Nanda, Bastian, Hasselblad, Hickey dan Matchar, 2000).
Pada Bahagian C pula adalah berkaitan dengan objektif kedua iaitu tahap kesedaran mengenai faktor-faktor penyebab kes kanser serviks. Antara faktor penyebab yang boleh mencetus kepada kanser serviks ialah penggunaan pil perancang. Berdasarkan data yang diperoleh mendapati kurang daripada separuh daripada responden bersetuju bahawa penggunaan pil perancang boleh menyebabkan kanser serviks. Ini bertepatan dengan kajian yang dinyatakan oleh La Vecchia, Tavani, Franceschi dan Parazzini (1996), penggunaan pil perancang adalah salah satu faktor penyebab kanser serviks. Ini jelas menunjukkan majoriti responden kurang jelas mengenai pengetahuan berkaitan faktor penggunaan pil perancang boleh menyebabkan kanse serviks.
 Antara faktor lain ialah seks bebas atau seks rambang. Faktor ini merupakan faktor dengan peratusan tertinggi yang telah diberikan oleh responden untuk menyebabkan penyakit kanser serviks. Menurut WHO (1998), amalan seks bebas juga merupakan faktor penting dalam penyumbangan kepada kanser serviks. Individu yang mengamalkan hubungan seks bebas lebih cenderung untuk mendapatkan penyakit ini. Human papilloma virus (HPV), khususnya jenis 16 dan 18, adalah virus yang boleh menyebabkan penyakit kelamin apabila bersentuhan dengan zon transformasi serviks dan menyumbang kepada serviks karsinoma invasif. Berdasarkan data yang diperoleh melalui borang kaji selidik mendapati 50% daripada responden menyatakan virus ini adalah penyebab utama penyakit kanser serviks dan separuh lagi daripada responden menjawab sebaliknya. Seperti yang diutarakan oleh De Marco et al (2006) epidemiologi dan data klinikal menunjukkan bahawa Human Papilloma Virus (HPV)  terutama HPV-16 dan HPV-18, memainkan peranan utama dalam etiologi kanser serviks. Hal ini membuktikan tahap kesedaran responden mengenai faktor penyebab kanser serviks masih lemah dalam kalangan wanita di Malaysia.
Selain itu, majoriti responden menyatakan merokok bukan salah satu daripada faktor etiologi penyakit kanser serviks. Hal ini jelas membuktikan kenyataan dari Sood (1991) iaitu faktor –faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan kanser serviks termasuk merokok tidak menepati dengan pilihan responden. Akan tetapi Kempen Penyelidikan Kanser (1996) menyokong kenyataan yang diberikan oleh Sood (1991) bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit kanser serviks. Faktor kedua dengan peratusan tertinggi yang bersetuju menyatakan hubungan seks diawal usia. Menurut WHO (1998) lagi, faktor usia juga merupakan faktor penting dalam penyumbangan kepada kanser serviks. Wanita sekitar belasan tahun yang mengamalkan hubungan seks lebih cenderung untuk mendapatkan penyakit ini iaitu dua kali ganda berbanding mereka yang berusia 25 tahun ke atas. Dari borang kaji selidik yang berkaitan dengan faktor ini jelas sependapat dengan kenyataan yang diberikan oleh (WHO 1998). Akan tetapi, ada segelintir dari responden yang tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai faktor penyebab ini dan secara tidak langsung akan menyebabkan peratusan kes kanser serviks mungkin tidak akan berkurang dan tidak dapat dicegah sepenuhnya. Isu seterusnya juga ada sedikit berkait dengan faktor di atas dan ianya ialah individu yang mempunyai pasangan seks yang ramai. Faktor ini juga turut dijelaskan oleh WHO (1998), Seorang wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapatkan kanser serviks.
 Berdasarkan rajah 2.0, hampir kesemua responden bersetuju dengan menyatakan individu yang mempunyai pasangan seks yang ramai berisiko untuk mendapat penyakit kanser serviks. Kemungkinan besar responden mungkin menganggap pasangan seks yang ramai tidak boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit ini kerana jika individu itu memakai kondom semasa melakukan seks dengan pasangannya yang lain dapat mencegah dari berlakunya penyakit ini kerana menurut WHO (1998) penggunaan kondom dengan pasangan seks boleh mengurangkan risiko kanser serviks.
Pada bahagian terakhir dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden iaitu bahagian D iaitu berkaitan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap pengetahuan mengenai penyakit kanser serviks. Menurut Kempen Penyelidikan Kanser (1996), masyarakat sedar bahawa kempen kesihatan merupakan alternatif pihak kesihatan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit tetapi kesibukan masa bekerja menjadikannya satu alasan untuk tidak menyertainya. Sejajar dengan itu, majoriti responden tidak ramai yang menyertai kempen atau seminar yang dijalankan. Hal ini menunjukkan responden mengamalkan sikap sambil lewa berkaitan dengan kempen kesihatan ini. Jika masyarakat meneruskan sikap sebegini, maka lambat- laun kes kanser serviks mungkin akan meningkat dari setahun ke tahun yang berikutnya.
Untuk mengurangkan masalah ini, masyarakat seharusnya sedar bahawa Kempen kesihatan merupakan cara yang digalakkan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang awam berkaitan info kesihatan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran (Lim, 1998). Akan tetapi, keputusan yang diterima daripada responden yang pernah mengikuti program tersebut tidak menghampakan pengkaji. Ini kerana bilangan responden yang pernah menghadiri program tersebut menyatakan program tersebut berkesan dalam menyampaikan mesejnya manakala selebihnya mengatakan tidak. Hal ini kerana kemungkinan besar responden adalah dari golongan mereka yang menggunakan alasan tiada masa kerana bekerja dan alasan lain untuk tidak menghadiri program tersebut. Dalam cadangan ketiga yang diberikan, keseluruhan responden sangat bersetuju dengan menyatakan pemeriksaan secara percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai program tersebut terutama apabila ianya dibuat di kawasan perkampungan dan kawasan pendalaman. Contohnya seperti memberikan suntikan imunisasi HPV atau ujian saringan Pap smear untuk tujuan pengesanan awal dapat mengalakkan wanita khususnya golongan remaja perempuan menyertai program tersebut.
 Ini kerana kemungkinan daripada mereka tidak suka menunggu lama di Klinik Kesihatan untuk mendapatkan imunisasi tersebut dan kemungkinan besar juga mereka yang berada di kawasan pedalaman tidak mempunyai kenderaan dan sebagainya untuk ke klinik menyebabkan mereka bersetuju bahawa pemeriksaan secara percuma dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai kempen tersebut. Menurut Jabatan Kesihatan (1999), Campur tangan menangani isu-isu struktur yang menentukan kesihatan seperti meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan seperti menyediakan kenderaan untuk tujuan pemeriksaan, memperbaiki keadaan perumahan dan meningkatkan pendapatan isi rumah telah disyorkan sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan ketidaksamaan dalam kesihatan.
 Program Kawalan Kanser Kebangsaan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1997 oleh Kementerian Kesihatan. Turut menyokong kenyataan ini ialah Lim (2001) di mana menyatakan matlamat utama program ini adalah untuk mengurangkan kejadian dan kematian akibat kanser dengan menggalakkan pengesanan awal kanser melalui pendidikan awam (Lim, 2001). Selain itu, responden juga bersetuju dengan cadangan pengkaji berkaitan dengan program imunisasi diperingkat sekolah perlu diperluaskan termasuk di kawasan luar bandar. Hal ini jelas kerana 100% daripada responden memberi jawapan yang positif dengan menjawab “ya” pada soalan yang diberikan seperti jadual 4.0 di atas. Banyak projek-projek perintis di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa pengambilan vaksin HPV boleh dicapai melalui perkongsian inovatif antara kerajaan organisasi, bukan kerajaan dan amal (Ladner et al., 2012). Melalui projek-projek ini, kekurangan penyelidikan yang sistematik pada penerimaan vaksin merupakan satu faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang kritikal dan memerlukan perhatian (Li et al., 2009). Pengambilan vaksin tidak bergantung hanya pada kos dan penerimaan penduduk tetapi juga infrastruktur untuk menyerahkannya terutamanya di kawasan luar bandar.. Program imunisasi berasaskan sekolah adalah salah satu pendekatan yang paling berjaya (Ladner et al, 2012) dengan guru-guru memainkan peranan sokongan yang penting. Cadangan terakhir ialah mengadakan iklan di televisyen dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini. Ramai di antara responden bersetuju dengan cara ini kerana kebanyakan wanita merupakan seorang ibu dan seorang surirumah. Mereka banyak meluangkan masa di depan televisyen setelah selesai membuat kerja rumah dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan sekiranya media massa turut terlibat dalam program sebegini dengan memperbanyakkan iklan mengenai penyakit ini dan cara mencegah serta pengesanan awal amat penting untuk mengelakkan penyakit kanser serviks terus menjadi lebih teruk dan sebagainya.
 Atas sebab itu, kejayaan program itu memerlukan penyertaan pelbagai institusi. Ini merangkumi program yang dirancang kerajaan, penyertaan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (seperti Majlis Kanser Nasional, MAKNA), latihan untuk meningkatkan kemahiran, menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkaitan, mengambil bahagian dalam program jaminan kualiti dan peraturan peraturan yang sesuai.

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dirumuskan hasil dari kajian ini adalah majoriti responden mampu menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Responden juga mempunyai pengetahuan mengenai kanser serviks tetapi masih ada segelintir daripada responden tidak mengetahui penyakit ini dengan lebih mendalam iaitu berkaitan dengan faktor-faktor, cara pencegahan dan rawatan yang diperlukan untuk mengawal dan mengatasi masalah ini dengan baik. Secara kasarnya, penyakit kanser serviks dalam negara Malaysia masih meningkat dan kian meruncing sejak akhir-akhir ini. Keputusan yang telah dinilai setelah responden memberi maklumbalas tentang tahap pengetahuan umum mengenai kanser serviks termasuk tahap kesedaran mengenai pengambilan imunisasi HPV dan ujian Pap smear begitu ketara dapat dilihat sukar mencapai matlamat objektif. Begitu juga dengan tahap pengetahuan terhadap faktor-faktor penyebab kes kanser serviks. Majoritinya responden dapat mengenalpasti faktor-faktor tersebut. Akan tetapi masih ada segelintir responden yang masih keliru walaupun jika difikir secara logik, faktor tersebut memang ada kaitan dengan penyakit ini. Ini membimbangkan responden berkaitan dengan pemasalahan ini. Oleh itu, berdasarkan bahagian cadangan responden, mereka memberikan jawapan yang positif berkaitan langkah mempertingkatkan pengetahuan mengenai kanser serviks ini. Daripada data demografi, majoriti responden berada di kawasan luar bandar. Pengkaji merasakan cara untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan masyarakat adalah dengan cara melaksanakan kempen bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain. Untuk mempermudahkan itu, kementerian seharunya mewujudkan satu unit khas untuk menjayakan program tersebut dan disertai dengan pelajar dari kolej-kolej kesihatan kerajaan yang sedia ada bagi memberikan pengalaman kepada mereka untuk digunakan semasa bekerja kelak. Tambahan lagi, bagi menarik minat orang ramai terhadap program tersebut, mereka seharusnya menambahkan program seperti mengadakan pemeriksaan percuma dan sebagainya. Justeru itu, kejayaan program itu memerlukan penyertaan pelbagai institusi tidak kira dari badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.











Rujukan

Anderson, S.M. (2002). Human Papillomavirus and cervical cancer. Clinical Microbiology            Newsletter. Vol. 24 No. 15: 113-118.
Cronje, H.S. (2004). Screening for cervical cancer in developing countries. International   Journal of Gynecology and Obstetrics. 84 (2004): 101-108.
De Marco., Rashidah, S., Shamsuddin, K. & Intan, O. (2006). Factors related to the          practice of breast self examination (BSE) and Pap smear screening among           Malaysian women workers in selected electronics factories. BMC Women’s Health.       3: 1-11.
De Vet, H. C. W. and Sturmans, F. (1994) Risk factors for cervical dysplasia: Implications           for prevention. Public Health, 108, 241–249.
Ferlay J. (2004) Globocan 2002: Cancer Incidence, Mortality and Prevalence Worldwide.            IARC Cancerbase No.5, version 2.0. Lyon, IARC Press.
Jabatan kesihatan (1999) Saving Lives: Our Healthier Nation. The Stationery Office,        London.
Kempen Penyelidikan Kanser (1996) Lung Cancer and SmokingFactsheet 11.4. Cancer            Research Campaign, London.
Ladner J, Hampshire R, Tapert L., (2012) Assessment of eight HPV vaccination   programs implemented in lowest income countries, BMC Public Health, 12, 370.
La Vecchia, C., Tavani, A., Franceschi, S. and Parazzini, F. (1996) Oral contraceptives    and cancer: a review of the evidence. Drug Safety, 14, 260–272.
Lim, G.C.C. (1998). Cancer in Malaysia - There is light at the end of the tunnel. Malaysian            Medical Association.
Lim, G.C.C. (2001). Overview of cancer in Malaysia. Jpn J Clin Oncol. 32 (Supplement 1):          S37-S42.
Li J, Ma JF, Wei LH et al., (2009). Knowledge and attitudes about human papillomavirus   (HPV) and HPV vaccines among women living in metropolitan and rural regions of      China. Vaccine, 27, 1210-5.
Lovejoy, N. C. (1994) Precancerous and cancerous cervical lesions: the multicultural `     male' risk factor. Oncology Nursing Forum, 21, 497–504.
Malaysian Medical Association. (2002). Insurance medical card and Pap smear screening           in conjunction with 1st National Working Committee, PPSMMA.
Muthumariappan M, Antony RG (2010) cost and financing issues limit access to the HPV            vaccine. Asian Pac J Cancer, Prev, 11, 573-4.
Nanda, K., Bastian, L.A., Hasselblad, V., Hickey, J.D. & Matchar, D.B. (2000). Accuracy of         the Papaniculaou Test in screening for and follow-up of cervical cytologic       abnormalities: A systematic review. Ann Intern Med. 132: 810-819.
Nubia, Flaskerud J, Bennett C, Leake B. and Lewis C. (2006) Evaluation of 2 aids             education-programs for impoverished Latina women. AIDS Education and    Prevention, 6, 296–309.
Prawirohardjo (2005). Cervical cancer screening: patients’ understanding of screening for            cervical cancer in major hospitals in Malaysia. Asian Pac J Cancer.
Rosemawati, A. & Sallehudin, A.B. (2001). Cancer registration in Malaysia. Asian Pacific             Journal of Cancer Prevention. Vol. 2: S43-S45.
Sood, A. K. (1991) Cigarette smoking and cervical cancer: meta-analysis and critical        review of recent studies. American Journal of Preventive Medicine, 7, 208–213.
WHO (1998) The World Health Report 1998. Life in the 21st century. A Vision for All.        WHO, Geneva.
World Health Organization (2005), Regional Office for the Western Pacific. Regional        Statistics.
Zur Hausen (2002) Cancer incidence in Peninsular Malaysia, 2003-2005. Kuala Lumpur: National Cancer Registry.















LAMPIRAN