Hi guyz..blog ini memudahkan pelajar PARAMEDIK untuk mencari maklumat tentang maklumat perubatan untuk membuat kertas kerja atau sebagai rujukan..(^_^)v
Saturday, 14 April 2012
STRUKTUR SISTEM REPRODUKTIF
STRUKTUR SISTEM REPRODUKTIF
SISTEM REPRODUKTIF LELAKI
Sistem ini dibentuk oleh organ-organ berikut.
Skrotum
2 testes
2 korda spermatik.
2 kelenjar seminal vesikle.
2 duktus ejekulasi.
Kelenjar prostat.
Penis
SKROTUM.
Satu kantung yang berpigmentasi,diselaputi oleh kulit tisu berserat . tisu konektif dan otot licin.
Dibahagikan kepada dua kompartmen dimana setiap satu mengandungi satu testes, satu epididimis dan satu korda spermatic.
Terletak dibahagian bawah tulang simfisis pubis, depan peha dan dibelakan penis.
TESTES.
Adalah gonad lelaki, bersaiz 4.5 sm panjang, 2.5 sm lebar, 3 sm tebal dan bergantung didalam kantung skrotum oleh korda spermatic.
Terdiri daripada tiga lapisan tisu.
Tunika vaginalis – lapisan luaran testes unjuran daripada peritioneum abdomen dan pelvik.
Tunika albuginea – lapisan berserat, meliputi testes unjuran dari septa yang memisahkan struktur kelenjar pada lobules.
Tunika vaskulosa – mempunyai rangkaian kapilari dan disokong oleh tisu konektif.
STRUKTUR TESTES.
Setiap testes mempunyai 200-300 lobules.
Setiap lobule terdapat satu hingga empat lingkaran convoluted yang terdiri sel germinal epithelium dikenali sebagi tubul semiferous.
Dianatara tubul terdapat kumpulan interstitial ‘Cells of Leydig’ yang merembeskan hormon testosterone.
Pada polar atas testes terdapat epididimis.
Struktur yang meninggalkan epididimis yang keluar dari skrotum sebagai duktus deferens (vas deferens), yang berada didalam korda spermatik.
Darah dan nodus limfa yang dibekalkan adalah melalui korda spermatik.
KORDA SPERMATIK
Terdapat struktur membentuk korda spermatic,
1 arteri testicular.
1 vena testicular.
Nodus limfa.
1 duktus deferens.
Saraf.
VESIKEL SEMINAL
Adalah dua kantung fibromuskular yang kecil dilapisi oleh epithelium kolumnar.
Bergabung membentuk dengan duktus deferens dan membentuk duktus ejakulasi untuk merembes cecair likat mengandungi spermatozoa.
DUKTUS EJAKULASI
Adalah dua tiub berukuran 2 sm panjang melintasi kelenjar prostat dan sambung kepada prostat uretra.
Membawa bersama cecair seminal dan spermatozoa untuk disalur keluar melalui uretra.
KELENJAR PROSTAT
Terletak dikaviti pelvic berdepan dengan rectum dan dibelakang simfisis pubis dan mengelilingi bahagian permulaan uretra.
Dibentuk oleh lapisan berserat , otot licin dan sel epithelium kolumnar.
Ia merembeskan cecair pelincir prostat.
PENIS DAN URETHRA
Satu batang yang mempunyai satu akar dan badan.
Akar terbenam pada perineum dan badan mengelilingi uretra.
Dibentuk oleh 3 jenis tisu erektil dan otot involuntary yang boleh memanjang dan mengembang.
Tisu-tisu ini disokong oleh tisu berserat yang diselaputi oleh kulit, dan kaya dengan bekalan darah.
2 Corpora kavernosa dan ditengahnya ialah korpus spongiosum (yang mengandungi uretra).
Glans penis terbentuk dihujung corpora kavernosa dan korpus spongiosum.
Prepuce(foreskin) menyelaputi bahagian glans penis.
Bekalan darah daipada arteri dan vena pudendal,
Bekalan saraf dari autonomic dan somatic.
STRUKTUR SISTEM REPRODUKTIF WANITA
Pengenalan
Sistem Reproduktif Perempuan atau Sistem Pembiakan Perempuan mengandungi organ pembiakan atau genitalia.
Genitalia dibahagi kepada organ luar dan organ dalaman.
Organ/Genitalia Luar – “Vulva”
Terdiri dari :
Mons Pubis
Labia Majora
Labia Minora
Vestibule
Hymen
Clitoris
Kelenjar besar vestibular
Perineum
Tundun (Symphysis/Mons Pubis)– bahagian depan sendi ari-ari.
Terdiri dari tisu lemak dan kulit tubuh
Tedapat bulu di bahagian ari-ari.
Labia Majora
Dibina dari tisu lemak.
Terdapat lipatan mula dari tundun dan melengkungi kemaluan.
Permukaan sisi luar terdiri dari kulit tubuh berpigmen.
Permukaan dalam licin.
Labia Minora
Terletak di sisi kemaluan besar
Lapangan yang terkandung antara bibir kemaluan kecil dinamakan ‘vestibule’.
Salur kencing terletak di bahagian atas faraj.
Terdapat lipatan kecil dipanggil ‘fourchett’.
Clitoris
Mengandungi penghujung saraf sensori dan tisu erektil.
Hymen
Lapisan nipis membran mukus yang separuh menutup pintu kemasukan faraj.
Kelenjar besar vestibular (greater vestibulat gland)
Juga dikenali “Bartholin’s glands).
Terletak di kedua-dua sisi dekat dengan pintu masuk faraj.
Saiaz serupa pea kecil dan mempunyai duktus buka ke vestibule untuk mengeluarakan mukus memastikan ‘vulva’ lembab.
Perineum
Kawasan meliputi dari ‘fourchette’ ke kanal anal.
Bentuk tiga segi.
Mengandungi tisu perantara, otot dan lemak.
Bekalan darah, pengaliran limfatika dan bekalan saraf ke genitalia luar
Bekalan arteri – arteri pudendal interna dan arteri pudendal externa
Bekalan Vena – plexus dari vena iliak externa
Pengaliran limfatika – noda inguinal superior
Bekalan saraf – cabang dari saraf pudendal
Organ Dalaman
Terletak dalam kaviti pelvik.
Terdiri dari :
Vagina/Faraj
Rahim/ uterus
Dua Salur Fallop/Uterine tubes (Fallopian tubes)
Dua ovari
Vagina/ Faraj
Tiub fibromuskular dilapisi oleh epitelium berstrata.
Letak di antara pundi kecing di depan dan rektum/anus di belakang.
Pada dewasa, dinding anterior faraj lebih kurang 7.5 sm panjang dan dinding posteroir lebih kurang 9 sm panjang.
Lapisan luar – tisu areolar, lapisan tengah – otot licinm lapisan dalam- epitelium skuamous berstrata yang membentuk rugae.
Tiada kelenjar sektretori,
Mikrob “Lactobacillus acidophilus” hadir dan mengeluarkan asid laktik, mengekalkan pH antara 4.9 – 3.5
Rahim / Uterus
Organ muskular berbentuk ‘pear’.
Terletak di kaviti pelvik antara pundi kencing dan rektum.
Kedudukan uterus samada ‘anteversion’ atau ‘anteflexion’.
Panjangnya 7.5 sm, lebar 5 sm, dindingnya 2.5 sm tebal. Beratnya antara 30 – 40 gm.
Bahagiannya ialah fundus, badan dan servik.
Dinding rahim terdiri dari 3 lapisan :
Pelapik rahim (endometrium)
Otot bebas (miomentrium)
Peritoneum
Ligamen rahim
Selaput yang meliputi usus hujung melipat ke atas di permukaan rahim
Terdapat ovari di dalam ligamen berkenaan.
Ligamen ovari yang mengikat ke dinding rahim
Ligamen bulat memasuki ke dalam salur inguina dan hilang di keliling labia majora.
Bekalan darah dan saraf ke rahim.
Menerima darah dari salur nadi ilium dalam – dan berangkai dengan sauirnadi ovari
Berbentuk lengkaran
Terdapat pembuluh ileum menerima darah dari pembuluh rahim.
Menerima saraf otonomi dari parasimpatetik sakrum dan saraf simpatetik dari rangkaian hipogastrik.
Salur Fallop (Fallopian tubes)
Penghubung rahim dan ovari
Terikat pada sudut atas rahim.
Liang membuka pada ruang rahim
Salur ini terletak antara lapisan ligamen lebar.
Salur fallop panjangnya 10 smi – terdapat genting salur fallop.
Hujung salur fallop mempunyai projeksi ‘fimbriae’.
Lapisan luar – peritoneum (ligamen), lapisan tengah – otot licin, dan lapisan dalaman – epitelium bersilia.
Ovari
Kelenjar yang terletak di dinding lateral pelvik.
Panjangnya 2.5 sm – 3.5 sm. Lebar 2 sm dan tebalnya 1 sm.
Bilangan – 2, setiap ovari lekat kepada bahagian atas rahim melalui ligamen ovari dan belakang rahim melalui mesovarium
2 lapisan tisu :
Medula – di tengah dan mengandungi tisu fibrous, salur darah dan daraf.
Kortex mengeliling medula, ia dilapisi oleh tisu perantara –stroma, mengandungi folikel ovari yang mempunyai ovum
Bekalan darah, arteri ovari dan vena ovari. Saraf simpatetik dan parasimpatetik.
STRUKTUR KELENJAR MAMARI
Pengenalan
Kelenjar mamari atau ‘breast’ adalah kelenjar aksesori sistem reproduktif wanita.
Kelenjar mamari pada perempuan akan berkembang di bawah pengaruh hormon estrogen dan progestron bila mencapai puberti.
Hormon prolaktin yang dikeluar dari anterior pituitari merangsang penghasilan susu.
Hormon dan oksitoksin yang dikeluar oleh posterior pituitari merangsang pengeluaran susu semasa puting dihisap oleh bayi.
STRUKTUR
Terdiri dari tisu kelenjar, tisu fibrous dan tisu adipos (lemak).
Setiap kelenjar mamari mengandungi 15 – 20 lobe tisu kelenjar. Lobe-lobe ini terdiri dari lobul-lobul yang ‘radiate’ mengeliling puting.
Setiap lobul mengandungi alveoli-alveoli yang dibuka kepada duktus kecil – bergabung jadi duktus ekretori besar dikenali duktus laktiferous.
Duktus laktiferous konverge menuju ke tengah ‘breast’ membentuk dilatasi atau kolam untuk susu.
Laktiferous sinus - duktus sempit dibuka ke permukaan puting.
Tisu fibrous menyokong tisu kelenjar.
Lemak melindung permukaan kelenjar dan terdapat di antara lobe.
Puting atau ‘nipple’ adalah kawasan berkembang pada tengah ‘breast’,. Dikeliling oleh kawasan berpigmen iaitu areola.
Pada permukaan areola, banyak kelenjar sebaceous – “Montgomery’s Tubercles’- yang melicinkan puting semasa laktasi.
Bekalan darah
Arteri – arteri axillary, arteri mamari interna dan arteri interkostal
Vena – vena axillary dan vena mamari
Limfatika – Limfatika axillary dan noda mamari
Saraf – saraf toraksik ke 4, 5 dan 6 (saraf simpatetik), kehadiran penghujung saraf sensori pada puting – reseptor sentuh diperangsang oleh tindakan menghisap. Impuls dihantar ke hipotalamus, hormon oksitoksin dibebas menggalakan pengeluaran susu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment